Mimpi Indah Buat Bakal Pengantin- Datuk Bernard Chandran

Industri fesyen tanah air terutamanya dalam pembuatan persalinan pengantin dirancakkan lagi dengan pertaruhan 34 busana pengantin dari pereka fesyen termasyhur, Datuk Bernard Chandran. Diadakan di sebuah hotel terkemuka di kota raya, pertunjukkan fesyen kali ini berkisarkan tiga pengantin yang mempunya latar kehidupan dan minat yang berbeza.

‘Fairy-Tale Bride’ adalah pengantin fantasi yang penuh romantis, ‘The Vintage Bride’ pula membangkitkan daya tarikan vintaj ke dunia moden dan ‘The Contemporary Bride’ menceritakan pengantin berjiwa ‘Rock nd Roll’ dan mempunyai deria fesyen yang sentiasa kehadapan.

Seperti koleksi terdahulunya, Bernard Chandran sentiasa memastikan elemen unik dan segar ada pada setiap busananya. Melalui koleksi ini juga, pereka fesyen yang digelar ‘King Of Fashion’ ini sering mengambil kira pendapat dan perspektif dari pelanggannya dalam pembuatan sesebuah busana perkahwinan.

Setelah melihat kesemua faktor dan elemen yang dimahukan, lahirlah koleksi ‘ Your Dream’ yang memberi harapan serta mimpi indah buat bakal pengantin seluruh Malaysia. Tidak terikat dengan satu warna, koleksi ini hadir dengan beberapa warna terang seperti biru nilam, merah dan juga hitam.

Dari kisah dongeng hingga ke vintaj, mewah hingga ke sofistikated dan klasic kepada sesuatu yang ranggi, setiap gaun dibuat berasaskan perincian mutiara, kristal dan sulaman benang perak yang dijahit dengan penuh ketelitian.

Selain itu, fabrik renda ilusi telus, satin yang dilukis tangan dan skirt berjalur pada renda menambah sentuhan karismatik kepada sesebuah gaun.

 

 

, , ,

Type keyword(s) and press Enter