Idea Solekan Pengantin Daripada Gaya Karpet Merah

Hari bersejarah anda dan pasangan hanya sekali seumur hidup. Untuk itu, pastikan anda tampil sempurna daripada hujung rambut ke hujung kaki. Bagi ratu sehari, tumpuan pastinya pada solekan yang menghiasi seraut wajah manis itu.

Jelita kongsikan dengan anda beberapa gaya solekan daripada acara glamor karpet merah untuk dijadikan idea solekan perkahwinan anda.

Natural Bersahaja –  Buat anda yang ingin tampil natural dan tidak keterlaluan. Cukup dengan layangan nipis pembayang mata berona coklat pada kelopak mata. Manakala, bibir pula dihiasi dengan lipstik berteksur moist untuk menyuntikkan ‘tenaga’ pada keselurahan wajah.

 

Semanis Pastel – Penggunaan rona pastel buat anda kelihatan manis dan feminin. Gabungan antara rona merah jambu dan pic membuatkan wajah kelihatan mempesona dan harmoni sekali.

 

Anggun Klasik – Jika tema perkahwinan anda berkosepkan klasik, sesuai sekali menggayakan solekan seperti ini. Penggaris mata dileret kreatif dengan efek mata kucing pada hujungnya. Bikin renungan mata menjadi lebih memukau. Rona merah cili menghiasi bibir anda. Rona yang wajib ada dan klasik sekali.

 

Glamor & Manis – Jika anda inginkan wajah anda tampak kelihatan glamor, apa kata cuba menggayakan pembayang mata berona emas dan bertekstur kilat. Ia menyuntikkan gaya glamor dan mewah. Untuk menjadikan ianya harmoni dan padan, oleskan lipstik berona pic lembut.

 

Mata Berkabut – Teknik mata berkabut sentiasa malar segar dan menjadi pilihan. Namun, untuk hari perkahwinan anda, gunakan rona yang tidak terlalu gelap dan terang agar wajah anda tidak kelihatan lebih tua dan berat. Trik solekan mata berkabut, harus bijak suai padan rona yang bersesuaian.  Untuk melengkapinya, olesan gincu berona merah jambu tampak keseluruhan wajah seimbang dan mempesonakan.

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter