Song Hye Kyo Pilih Gaun Pengantin Dior Untuk Perkahwinannya

Pasangan terkenal Korea Selatan, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo akhirnya telah disatukan sebagai suami dan isteri pada 31 Oktober 2017 dalam satu upacara mewah yang telah diadakan di Hotel Shilla, Seoul. Upacara perkahwinan itu turut dihadiri oleh beberapa teman rapat mereka seperti Lee Kwang Soo, Yoo Ah In, Yoo Jae Suk, Zhang Ziyi, Jo Insung, Park Bo Gum dan banyak lagi.

Selain daripada lokasi perkahwinan mereka yang serba mewah dan Song Joong Ki yang kelihatan bergaya dalan sut persalinan Dior Homme, turut menjadi perhatian adalah gaun perkahwinan yang disarung oleh Song Hye Kyo turut menjadi perhatian ramai pada hari itu.

Hye Kyo telah menggunakan khidmat Dior bagi menghasilkan gaun buat hari istimewanya itu. Dengan menggunakan citarasa dan personaliti Hye Kyo sebagai inspirasi, Dior telah mencipta persalinan gaun pengantin yang savoir-faire yang turut menjadi signatur kepada rumah fesyen itu.

Pakar dalam pembuatan soft dressmaking, Atelier Flou telah menggabungkan idea daripada sekumpulan individu berbakat untuk menghasilkan gaun istimewa buat pelakon yang terkenal dengan drama seperti Autumn In My Heart, Full House dan Descendant of the Sun.

Gaun perkahwinan ini turut diinspirasikan dari koleksi adi busana musim luruh dan sejuk 2017 rekaan daripada pereka, Maria Grazia Chiuri yang juga visi kepada Hye Kyo . Gaun serba putih itu telah disulam daripada benang halus dan kemudian digabungkan dengan sutera mikado dan sulaman les. Hasilnya adalah gaun yang cukup indah dan menyerlahkan lagi seri Song Hye Kyo sebagai pengantin.

1 of 5

1 of 5

, , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter