Nurita Harith Reka Gaun Pengantin Menggunakan Tisu Vinda Deluxe

Pereka fesyen tersohor tanah air, Nurita Harith sekali lagi berjaya membuktikan kebolehannya apabila dia mereka gaun pengantin dengan menggunakan tisu jenama Vinda Deluxe. Vinda Deluxe adalah sebuah jenama tisu baharu yang telah memilih untuk memperkenalkan jenamanya di Malaysia menerusi perkahwinan pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua.

Nurita telah mencipta kelainan dalam industri fesyen Malaysia dengan menggunakan lapisan dan juntaian fabrik yang indah dan setiap wanita yang menggayakan rekaanya pasti akan tampak lebih feminin dan berkeyakinan. Kali ini, gaun pengantin unik rekaanya telah diberi nafas baharu kepada rekaan yang sedia ada di Malaysia.

Gaun pengantin istimewa ini menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya sinonim dengan tisu Vinda Deluxe. Ciri tisu ini yang teguh dan lembut ini juga akan menjadi sebahagian daripada detik istimewa kepada pasangan yang baru berkahwin. Contohnya, mengemas rumah bersama, menjaga kebersihan diri, megnelap air mata kegembiraan dna memberi sentuhan paling lembut kepada anak mereka kelak.

“Saya tidak menyangka kertas tisu boleh digunakan untuk mereka gaun. Teknologi Tenunan Fiber menjadikan tisu ini bukan sahaja kuat, malah lembut. keistimewaan tisu Vinda Deluxe ini membuatkan saya berasa seolah-olah seperti sedang menggunakan fabrik lembut. Saya juga sangat teruja dapat bersama pasangan ini untuk mencipta kenangan terindah dan menghasilkan gaun pengantin tisu yang pertama seumpamanya. Terharu rasanya apabila melihat Shervyn kelihatan gembira dan anggun sekali ketika memakai gaun ini,”- Nurita Harith.

Pengantin baharu, Shervyn pula ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa girangnya. Menurutnya, pengalaman ini sememangnya yang paling indah buat dirinya dan dia berasa sangat bertuah kerana dapat menyarungkan gaun pengantin Vinda Deluxe yang unik. Bahkan dia juga turut rasa bangga kerana tiada gaun lain yang seumpama gaun pengantinnya di dunia. Dia dan Anthony sangat berbesar hati kerana dapat menjadikan majlis perkahwinan mereka sebahagin daripada pelancaran Vinda Deluxe di Malaysia.

Menurut Evelyn Chan, Pengarah Pengurusan di Vinda Group SEA, Vinda Deluxe ingin menjadi peneraju tisu pengguna dalam kategori premium, dan dia juga yakin Vinda Deluxe mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap tisu. Tambahnya lagi, gaun pengantin tisu unik ini hanyalah permulaan dan Vinda  Deluxe akan menghasilkan lebih banyak idea menarik di masa akan datang.

Bagi anda yang ingin menyaksikan sedutan kisah kehidupan pasangan ini di laman rasmi Vinda Malaysia. Video penuh yang memaparkan kisah mereka menjelang hari perkahwinan akan disiarkan pada 13 September. Pada penghujung September pula, saksikan rakaman di sebalik tabir detik awal penghasilan rekaan Nurita Harith sehingga Shervyn mencuba sendiri gaun tersebut dan akhir sekali, transformasi tisu Vinda Deluxe menjadi gaun pengantin yang cantik.

Untuk merasai sendiri kualiti tisu Vinda Deluxe, dapatkan pek Vinda Deluxe di kedai runcit terpilih dan pasaraya di seluruh negara. Para ibu bapa dan kanak-kanak juga boleh menghasilkan sendiri gaun pengantin tisu mini khas di beberapa lokasi terpilih bermula dari 30 September.

Untuk maklumat lanjut berkaitan tisu Vinda Deluxe dan aktiviti kempen, anda boleh layari laman web rasmi Vinda Deluxe atau ikuti laman Facebook Vinda Malaysia.

1 of 17

Pasangan Shervyn Chua dan Anthony Wong

1 of 17

Pasangan Shervyn Chua dan Anthony Wong

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter