7 Idea Gaun Pengantin Selain Warna Putih

Bosan dengan tema serba putih atau krim susu untuk busana pengantin anda? Apa kata tampil lebih kreatif dengan busana pelbagai warna yang boleh dijadikan dress atau gaun pengantin. Di sini, Jelita himpunkan beberapa idea dress pelbagai warna yang mungkin boleh anda tiru. Hasilnya sudah tentu lebih menyerlah berbanding gaun biasa. Jadi untuk meraih pujian rakan-rakan terdekat mengenai dress pengantin anda, warna-warna seperti merah hati, merah, merah jambu lembut antara palet warna yang sesuai dijadikan gaun. Jangan lupa tona kulit anda haruslah tidak lari dengan warna yang dipilih!

 

Hija pokok pisang sememangnya antara warna yang menjadi ‘trend’ masa kini. Gambar diatas menunjukkan pengantin wanita mengenakan busana dress yang sarat dengan renda. Manakala si lelaki segak bergaya dengan sut biru gelap. Kombinasi warna yang cukup sepadan!

Warna merah hati menggambarkan suasana romantik. Dress sendat polos dengan potongan ropol bertingkat pada bahagian lutut kebawah adalah persalinan yang cukup versatil. Tidak semua mampu membawa gaya seperti ini. Selain sut biru gelap untuk si lelaki, warna biru gelap juga amat sesuai digayakan bersama.

Manis dan romantis. Itulah pepatah yang boleh digambarkan untuk idea pakaian diatas. Dress berfabrik net kembang dengan potongan ‘off-shoulder’ berwarna ‘nude’ ini mungkin antara idea yang paling laris digunapakai. Untuk pengantin lelaki pula, anda boleh gayakan sut biru cair atau kelabu cair untuk tanpa sedondon bila bersama. Bagai pinang dibelah dua!

Selain warna lembut, merah juga menggambarkan cinta yang saling membara antara kedua pasangan pengantin. Dress labuh berenda dengan potongan leher bentuk V adalah antara idea busana yang patut anda ilhamkan. Bagaikan merpati dua sejoli, pengantin lelaki haruslah segak dengan sut serba hitam.

Gmabar: Instagram

 

 

, , ,

Type keyword(s) and press Enter