Suntikan Arabesque Untuk Kasut Raya Anda

Sudah mula meninjau kasut raya yang sedondon dengan busana? Apa kata menjenguk ke butik Charles & Keith untuk dapatkan kasut raya idaman dan paling penting selesa digaya.

Menawarkan sedikit perbezaan untuk koleksi Ramadan tahun ini, Charles & Keith menawarkan seleksi yang memiliki elemen Arabesque, berasal daripada Tanah Arab.

Dengan tona kebumian, kilauan metalik dan campuran unsur glamor, koleksi ini menawarkan gambaran sepintas lalu ke masa lampau Tanah Arab yang lebih mistik.

Menghimpun semangat metropolis purba-moden, ada banyak pilihan untuk anda termasuk sepatu tali belakang, sandal terbuka dan stiletto pumps yang tampak mewah dengan aksen oriental dan perhiasan logam yang memukau.

Elemen yang sama turut diperkemaskan buat koleksi beg tangan. Gayakan bersama untuk menyempurnakan penampilan anda bila berkunjung ke rumah sanak saudara Aidilfitri nanti.

1 of 6

Sepatu tinggi untuk beraya sudah pasti menambah keyakinan yang tidak terkata.

1 of 6

Sepatu tinggi untuk beraya sudah pasti menambah keyakinan yang tidak terkata.

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter