Resipi Rendang Tok bersama Fonterra

Hidangan klasik Rendang Tok disedia menggunakan krim masakan Anchor, menggantikan santan sebagai alternatif yang lebih sihat.

Rendang Tok

Bahan-bahan:

300g daging lembu
1/2 cawan krim masakan Anchor Memasak (atau susu UHT Anchor)
10g lengkuas, dikikis dan dibuang jusnya
1/4 cawan kerisik
1 buah pelaga
1/2 bunga lawang
1/2 kulit kayu manis
1/2 asam jawa kering
1 sudu besar serbuk kari
15g gula Melaka
1/2 sudu kecil garam
2 cawan air

Bahan A (goreng tanpa minyak dan dikisar)
1 sudu kecil rempah ketumbar
1 sudu kecil biji jintan putih
1 sudu kecil lada hitam
10 cili kering

Bahan B (dikisar)
30g (3 batang) serai
5g halia
100g bawang merah
10g bawang putih

Cara Membuatnya:

  1. Bersihkan daging lembu, tapis air dan perap dengan bahan A dan bahan B selama 30 minit.
  2. Tambahkan air ke dalam kuali. Masukkan daging yang telah diperap bersama dengan lengkuas, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, serbuk kari, gula melaka dan garam. Masak sehingga daging separuh masak.
  3. Kemduian masukkan asam keping dan krim masakan. Kacau kira-kira dua minit.
  4. Masukkan kerisik dan kacau sehingga kering.
  5. Hidangkan dengan nasi.

Resipi & Foto: Fonterra

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter