Resipi Biskut Kurabia dengan Kismis

California Raisins membawakan hidangan biskut Raya yang disediakan oleh Chef Rohani Jelani.

Biskut Kurabia dengan Kismis

Bahan-bahan:

Inti Raisin
200g California Natural Raisins
20g gula perang lembut

Pastri
100g mentega
100g minyak sapi
1 oren, diparut kulitnya
120g gula aising, diayak
280g tepung

Cara Membuatnya:

  1. Untuk membuat inti, masukkan raisins dalam mangkuk kecil bersama 1 cawan air mendidih. Tutup dan ketepikan selama 10 minit sehingga raisins kembang. Buang air dan letak raisins dalam pencencang elektrik, kisar sehingga menjadi pes. Masukkan ke dalam pan kecil, tambah gula dan masak sehingga pekat dan melekit. Sejukkan dalam pinggan dan bentukkan seperti bebola anggaran 6g setiap satu (dapat dalam 35 biji).
  2. Untuk membuat pastri, pukul mentega, minyak sapi, parutan kulit oren dalam pemukul elektrik sehingga berkrim. Tambah gula aising, sesudu demi sesudu sehingga habis. Pukul dengan kadar kelajuan sederhana sehingga adunan menjadi ringan dan gebu. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit. Gaul dengan senduk kayu – perlahan-lahan, jangan pukul adunan pada peringkat ini. Bentukkan pastri menjadi bebola kecil (anggaran 17g setiap satu). Anda akan mendapat 35 biji.
  3. Leperkan setiap bebola pastri dan isi inti raisins. Tutup dan gentel semula seperti bebola atau bentuk bujur. Boleh bentukkan pastri dengan menekannya menggunakan krimper pastri. Atau, masukkan pastri yang telah diisi inti ke dalam acuan yang ditabur sedikit tepung (acuan bahulu kecil pun boleh). Keluarkan pastri daripada acuan dan atur dalam dulang pembakar beralas kertas pembakar.
  4. Sejukkan biskut di dalam peti sejuk selama 15 -20 minit sebelum bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150 darjah Celsius selama 20-25 minit. Jangan biar sehingga biskut berwarna ‘perang keemasan”, cukup sekadar berubah warna sedikit. Biarkan kurabia di dalam dulang selama 10 minit sebelum disejukkan atas redai. Ayak gula aising di atasnya. Simpan dalam bekas kalis udara.

Foto: California Raisins

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter