Pilih Dekorasi Rumah Sempena Lebaran Bersama Anzalna Nasir

Selain busana, persiapan lebaran tidak lengkap tanpa sentuhan dekorasi baru yang boleh anda cuba. Anzalna Nasir bekerjasama dengan H&M Home untuk berkongsi seleksi bagi produk yang khusus buat dekorasi kediaman, tahun ini.

Kempen Anzalna Nasir untuk H&M Home ini memaparkan produk pilihan aktres jelita ini untuk koleksi Musim Panas 2017, yang kini boleh anda dapatkan di kedai H&M terpilih, bertepatan dengan keraian Aidilfitri yang bakal menjelma.

Kempen ini memaparkan kolaborasi penata dekorasi Ben Firdaus Azraai, jurufoto fesyen Raisa Azzam dan jurumekap selebriti, Khir Khalid yang turut sama mencetus semangat Hari Raya pada kediaman Anzalna.

Anzalna yang amat meminati rekaan dalaman berkata, inspirasi di sebalik seleksi dekorasi ini bagi perayaan Hari Raya adalah tertumpu pada amalan ziarah menziarahi di kalangan keluarga di rumahnya bila tiba waktu keraian.

“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Anzalna, kerana dia mewakili cinta H&M terhadap dunia fesyen dan rekaan dalaman,” kata Fredrick Famm, Pengurus Negara bagi H&M Asia Tenggara. “Kami berharap yang seleksi Anzalna ini boleh memberi inspirasi kepada pelanggan untuk menaik taraf kediaman mereka dengan trend terkini sempena Hari Raya akan datang.”

Beberapa item pilihan Anzalna termasuk sarung kusyen, selimut, pasu, dulang, pinggan, jar, lilin, pemegang lilin dan ambal yang bukan saja cukup menceriakan buat Hari Raya, tetapi boleh dijadikan ceraian dekoratif penting sepanjang tahun.

Diinspirasikan oleh hijau lautan yang mewah, koleksi musim baru ini mencipta suasana percutian merelakskan dengan letusan rona terang seperti merah jambu dan kuning menyinga, turut sesuai untuk sambutan Hari Raya. Pengaruh Bohemian turut dipaparkan di seluruh koleksi dengan cadar biru laut bercorak cantik dan lapik kerusi bunga selain cetakan daun hijau, menambah sentuhan bewarna-warni bagi mencerminkan mood tropika.

“Saya amat gembira kerana dapat berkongsi minat saya terhadap rekaan dalaman menerusi seleksi H&M Home ini yang memaparkan beberapa ceraian kegemaran saya.

“Produk menarik perhatian ini cukup menyerlah pada setiap ruang, namun menyempurnakan seluruh reka letak ruang. Saya tidak sabar untuk mengajak ahli keluarga dan rakan handai ke rumah yang baru dihias ini bagi meraikan Hari Raya dan saya pasti mereka juga akan sukakannya,” kata Anzalna.

Anzalna Nasir untuk H&M Home kini boleh didapatkan di rangkaian H&M Home di H&M Avenue K, H&M Quill City, H&M IOI Putrajaya dan H&M Spring Kuching.

Kombinasi item H&M Home yang buat anda rasa nak mengemas rumah sekarang juga!

Elemen tradisional tidak diketepikan, malah menyerlahkan lagi dekorasi.

Permainan rona emas dan hitam berikan seri yang unik.

Sediakan payung sebelum hujan sebagaimana anda sediakan lilin cantik untuk hari elektrik terputus.

Susun atur berselerak pun nampak cantik hanya kerana seleksi produknya saling kena.

, , , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter