Kesilapan Yang Dilakukan Sewaktu Menyambut Lebaran

Gambar: Shutterstock

Aidilfitri adalah waktu yang amat dinantikan oleh umat islam seluruh dunia. Inilah masanya semua umat islam bergembira meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Namun masih ada lagi yang melakukan kesilapan ketika menyambut lebaran ini. Jelita kongsikan kesilapan yang kerap dilakukan sewaktu menyambut Aidilfitri

  • Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita bukan mahram sewaktu menziarahi rakan atau jiran.
  • Ipar duai tidak menjaga aurat sewaktu berada di dalam rumah.
  • Wanita memakai wangian dan bersolek secara berlebihan.
  • Tidak menjaga aurat. Seperti memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh.
  • Berkumpul di kubur hingga duduk atau berdiri di atas kubur insan lain.
  • Meninggalkan solat dengan alasan terlalu sibuk beraya.
  • Kembali melakukan dosa sebaik tamat ramadan.

Elakkan dari melakukan kesilapan di atas. Gunakan syawal ini untuk mendidik diri melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

sumber: Jelita Julai 2016

, , ,

Type keyword(s) and press Enter