Istimewa Aidilfitri: Keselesaan Berterusan Sepanjang Lebaran bersama Triumph

Buat pilihan yang tepat dengan koleksi Triumph Light Fascination terbaru bagi melengkapi penampilan anda sepanjang Ramadan dan Syawal ini.

Ketahui info lanjut mengenai koleksi Triumph Light Sensation dalam Jelita edisi Jun 2017.

 

Lebih menarik, koleksi ini amat menekankan aspek pengudaraan yang maksimum dan fabrik digunakan adalah lebih ringan di samping rekaan yang membuatkan anda rambang mata!

Koleksi ini terdiri daripada Body Make-Up Light, Magic Boost Light dan Shape Sensation Light. Setiap koleksi dan padanan direka mengikut ciri istimewa dan berdasarkan kehendak pelanggannya.

SEPERTI KULIT KEDUA

Mengetengahkan sesuatu yang amat mudah dan penting dalam gerobok pakaian dalam sesiapa saja yang mementingkan fesyen, Body Make-Up Light mempertaruhkan padanan ‘kulit kedua’ dan jahitan yang licin, apatah lagi menggunakan fabrik mudah bernafas dan rekaan mangkuk yang amat ringan.

TAMPIL LEBIH YAKIN

Raya dan musim panas tiada pisahnya, justeru Triumph menampilkan Magic Boost Light yang bukan saja menawarkan keselesaan terunggul malah lurah dada idaman walaupun dalam kurung moden kegemaran anda.

Jika potongan lekuk coli yang anda perlukan, padankan set coli dan seluar dalam Shape Sensation Light mampu memberikan kelebihan yang anda inginkan terutama pada payudara anda.

Justeru, koleksi terbaru Triumph ini menggunakan teknologi terkini bagi membolehkan anda memperoleh siluet idaman, tolakan ekstrem dan sokongan yang memberi bentuk langsing namun tidak mengetepikan keselesaan dengan tahap pengudaraan optimum seakan-akan memakai satu lapisan sahaja.

Anda boleh cari set busana dalam paling menyelesakan pada musim ini di semua kaunter dan butik Triumph. 

Artikel berbayar ini adalah sebahagian daripada Istimewa Aidilfitri dalam edisi Jun Jelita. 

 

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter