Bawa Perubahan Bermakna Dengan P&G, Food Aid Dan Izreen Azminda

Procter and Gamble Malaysia (P&G) bersama pelakon dan hos televisyen Ma;aysia yang diminati ramai, Izreen Azminda serta Food Aid Foundation telah bekerja ama untuk melancarkan “Daripada Ibu Kepada Ibu”, sebuah kempen seluruh negara yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk membantu mengurangkan beban para ibu tunggal semasa bulan Ramadhan ini dengan memberikan sumbangan barangan.
 

 
Kempen “Daripada Ibu kepada Ibu” akan berlangsung dari 15 Mei sehingga 15 Jun di 50 buah cawangan pasar raya yang terlibat iaitu Giant, Tesco, MYDIN, dan AEON di seluruh negara. Jika anda membeli barangan P&G bernilai RM30 atau lebih, anda layak untuk menerima sebuah “Beg Hati”. Anda digalakkan untuk mengisi beg tersebut atau mana beg yang lain dengan barangan tidak mudah rosak seperti makanan kering atau makanan tin, minyak masak atau sabun cuci dan meletakkannya di kotak pengumpulan yang ditempatkan di cawangan yang terlibat. Barangan itu kemudiannya akan dikumpulkan oleh Food Aid Foundation di akhir kempen ini dan mengagihkannya kepada para ibu tunggal di seluruh Malaysia.
 
Menurut Ong Yuh Hwang, Pengarah Pengurusn bagi P&G Malaysia, Singapura dan Brunei, “sempena menyambut ulang tahun ke-30 P&G di Malaysia, kami telah memilih untuk memperbaiki kehidupan masyarakat bagi komuniti yang memerlukan. Di P&G, kami percaya bahawa peluang untuk kita membawa perubahan dan berbuat baik kekal terbuka setiap hari. Kami telah membantu para ibu serta seisi rumah dari dahulu lagi dan kami percaya bahawa peranan seorang ibu dalam keluarga memerlukan kekuatan dan tidak boleh bertukar ganti. kami berharap, menerusi kempen ini dan dengan bantuan seluruh rakyat Malaysia yang murah hati, kami dapat meringankan beban para ibu tunggal sepanjang musim perayaan ini.”
 
Bagi Izreen Azminda, duta kepada kempen ini, “Sebagai seorang ibu tunggal,saya memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal yang lain yang perlu menjadi pencari rezeki sambil menjadi penjaga utama buat keluarga. Sokongan dari keluarga dan rakan sememangnya memainkan peranan dalam menceriakan hidup kami terutamanya poada musim Raya di mana perbelanjaan sering kali lebih tinggi dari biasa. Saya bangga dapat menjadi sebahagian daripada kempen ini untuk memberi sokongan kepada suatu isu yang begitu bermakna buat saya.”
 
Manakala buat Mohamad Faisal Ghazali. Pengasas bagi Food Aid Foundation, ” di Food Aid Foundation, kami percaya bahawa semua layak untuk mendapat makanan yang secukupnya. Ibu tunggal biasanya kurang diendahkan oleh masyarakat namun kami berharap, menerusi kempen ini, kami dapat mengetengahkan cabaran yang mereka hadapi setiap hari dan bekerjasama untuk meringankan beban mereka sempena bulan Raya ini.”
 

 
Sedar akan kepentingan menjadi warganegara korporat yang baik, P&G dengan itu telah berusaha utnuk memastikan komuniti di mana P&G bertapak kekal kukuh dan berkembang. Selain daripada kempen ‘Dariapda ibu kepada ibu,’ P&G Malaysia bakal melakukan kerja amal yang lain sebagai sebahagian daripada kempen ‘P&G Malaysia Mebalas Budi’ sepanjang tahun ini. Antara komuniti lain yang bakal dibantu termasuklah kanak-kanak Orang Asli, mangsa banjir dan rakyat Malaysia yang sukar mendapat air minuman yang bersih dan selamat.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ‘Daripada ibu kepada ibu’ dan senarai penuh cawangan  yang mengambil bahagian, sila layari www.dariapdaibukepadaibu.com.my untuk memainkan peranan dalam membawa perubahan besar pada kehidupan para ibu tunggal dan keluarga mereka di bulan Ramdan ini.
 

 

, , , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter