5 Perkara Yang Perlu Wanita Tahu Mengenai Kereta Sebelum Pulang Beraya

Gambar: shutterstock

Tidak lama lagi, Umat Islam bakal menyambut syawal yang bakal tiba. Sudah pasti persiapan raya sudah lakukan. Persediaan baju raya, kuih dan sebagainya untuk sanak saudara di kampung telah pun dibeli dan disiapkan.

Bagi wanita yang ingin pulang ke kampung pastikan anda menghantar kereta anda untuk di servis sebelum anda pulang beraya. Ini dapat mengelakan dari berlakunya tragedi yang tidak diingini.

Lima perkara yang wanita perlu tahu mengenai kereta sebelum pulang berhari raya ialah :

  1. Keliling Kereta anda untuk pemeriksaan asas keseluruhan kereta. Ini membantu anda mengesan jika terdapat masalah pada kereta anda.
  2. Periksa bunga tayar dengan memusingkan stereng supaya kesuluruhan tayar dapat dilihat. Kemudian periksa bunga tayar untuk memastikan bunga tayar tidak haus.
  3. Periksa dan isi angin tayar dengan melihat tekanan tayar yang terdapat pada sisi pintu pemandu dan kemudian mengisi angin tayar mengikut panduan yang diberikan. Pam akan mengeluarkan bunyi selepas angin tayar sudah mencukupi. Jangan lupa juga untuk memeriksa angin tayar simpanan anda.
  4. Periksa setiap lampu iaitu lampu signal, lampu hadapan, lampu bahaya, lampu belakang, lampu brek dan sebagainya. Minta bantuan orang yang berada disekeliling untuk memeriksa lampu brek anda.
  5. Periksa bahagian enjin iaitu dengan memeriksa air wiper, minyak hitam, penyejuk udara, air bateri, air radiator ( jangan buka penutup radiator jika panas).

Mudah bukan? Pastikan anda memeriksa keseluruhan kereta sebelum memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung.

Sumber rojakdaily

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter