10 Perkara Sunat Yang Boleh Dilakukan Pada hari Raya

Gambar: Shutterstock

Bulan syawal ialah masa umat islam untuk meraikan dan bergembira setelah melepasi ibadah puasa dan ibadah lain selama sebulan dengan sempurna. Inilah tanda kesyukuran kerana sudah bersih daripada dosa dan kembali kepada fitrah sebagai seorang manusia.

Namun begitu, jangan lakukan kemungkaran hanya keran bulan ramadan sudah meninggalkan kita. Di bulan syawal ini marilah menambah pahala dengan melakukan perkara-perkara sunat.

  • Banyakkan berdoa kepada Allah pada malam Hari Raya semoga dimakbulkan semua doa yang dibuat sepanjang Ramadan. Inilah malam untuk beribadat, bukan meninggalkan segala ibadat hanya kerana ingin bergembira menyambut lebaran.
  • Disunatkan untuk menghidupkan malam Aidilfitri denga zikir dan solat.
  • Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja pengumuman anak bulan jelas kelihatan
  • Mandi sunat dengan niat menyambut kedatangan Aidilfitri pada pagi raya sebelum ke masjid.
  • Memakai bau-bauan, menyarung pakaian bersih dan membersihkan diri.
  • Disunatkan untuk makan sedikit pada pagi Hari Raya sebelum ke masjid.
  • Sunat menunaikan solat sunat Hari Raya keran ia adalah paling penting dan diutamakan dalam menyambut hari lebaran
  • Saling mengucapkan tahniah kepada satu sama lain.
  • Menggunakanjalan yang berlainan selepas pulang dari masjid bagi membolehkan anda bertegur sapa dengan individu bagi mengeratkan sillaturrahim.
  • Banyakkan bersedekah agar mendapat lebih berkat.

Cuba lakukan 10 perkara ini insyallah semoga Allah menerima segala ibadah anda dan menghapuskan segala dosa.

Sumber: Jelita Julai 2016

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter