Tip Solekan Ringkas Ketika Bersenam

Siapa kata jika anda sedang bersukan tidak perlukan olesan mekap? Harus ya. Mungkin mengenakan solekan yang tipis dan natural agar wajah kelihatan bermaya dan tidak pucat lesu.

Namun, ada juga yang berpendapat tidak bagus untuk mengenakan solekan jika sedang olahraga kerana dikhuatiri akan menyebabkan liang pori tersumbat dek peluh keringat yang membasahi wajah. Berikut ialah tip  solekan ringkas yang anda boleh cuba.

Gunakan Sunscreen , bukannya BB Cream

Ini wajib digunakan sekiranya anda bersukan atau berolahraga di taman atau tempat yang terdedah akan cahaya matahari. Ini penting untuk melindungi kulit anda daripada menjadi  sunburn atau kemerah-merahan.

Sapukan Penyamar Noda

Elakkan menggunakan bedak asas yang terlalu tebal. Sebaliknya, gunakan penyamar noda untuk menutup cela atau ketidaksempurnaan pada wajah. Ini kerana tekstur penyamar noda lebih ringan berbanding bedak asas.

Fokus Pada Alis Mata Dan Bibir

Jika anda ingin kelihatan segar dan manis, fokuskan riasan wajah pada alis mata dan juga bibir. Namun, dengan riasan yang ringan dan natural sahaja. Untuk bibir, hindari pengilat bibir kerana ia tidak sesuai tatkala wajah anda berpeluh nanti. Cukup dengan hanya lip tint agar lebih segar dan tahan lama.

 

 

Segar Dengan Semburan Wajah

Trik agar solekan dapat bertahan lama, kenakan face spray pada wajah selepas  mengenakan solekan.

 

 Elakkan Pemerah Pipi

Saat berolahraga, aliran darah pada wajah menjadi lebih lancar dan membuat pipi anda menjadi merah atau blushing secara natural. Jadi, buat apa lagi mengenakan pemerah pipi?

 

 

 

, , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter