Rutin Diet Pelik Selebriti Terkenal

Semua wanita mengimpikan badan yang cantik dan sihat seperti selebriti terkenal. Selain daripada bersenam, anda mungkin boleh mencuba rutin diet yang diamalkan oleh selebriti terkenal.
 
Jelita kongsikan rutin diet pelik daripada lima selebriti terkenal ini.
 
Victoria Beckham- Sajian hanya sebesar tapak tangan


 
Isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham ini hanya akan mengambil lima hidangan sehari dan setiap hidangan yang diambil saiznya hanyalah sebesar tapak tangan seperti salmon, tuna dan telur. Victoria juga tidak pernah mengambil makanan atau minuman manis.
 
Beyonce- Detoks


 
Ketika Beyonce dipilih untuk membintangi watak Dreamgirls, dia terpaksa untuk menurunkan berat badannya dan untuk itu dia hanya mengamalkan minuman detoks yan mengandungi jus lemon, sirap maple dan lada cayyene. Dan sehingga kini Beyonce mengamalkan minuman itu.
 
Olivia Munn- Kentang Jepun


 
Walaupun ramai yang berpendapat kentang itu menggemukkan namun Olivia setiap memakan kentang yang dimasukkan ke dalam oven bersama minyak zaitun dan kulit kayu manis sebagai rutin dietnya.
 
Miranda Kerr- Minyak kelapa


 
Tiada alasan lagi untuk anda tidak mencuba rutin diet yang diamalkan oleh supermodel terkenal ini. Miranda Kerr mengamalkan sesudu minyak kelapa setiap kali dia makan, Minyak kelapa dikatakan baik untuk mempercepatkan proses penghadaman.
 
Renee Zellweger- Kiub ais


 
Kunyah kiub ais bila terasa lapar adalah rutin diet yang diamalkan oleh pelakon yang membintangi filem Bidget Jones Diary. Walaupun rutin ini tidak mengandungi khasiat namun dia berasakan dengan mengunyah kiuba ais dia seperti sedang makan sesuatu. Jadi dia tidak berasa lapar.
 
Sumber: EH!

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter