Rejim Cantik Mengikut Jenis Kulit

Tiada guna jika berhabis beribu ringgit menggunakan produk ternama, namun salah aturannya. Hasilnya, kulit wajah masih kelihatan ‘sama’ dan tidak menunjukkan tindak balas positif seperti yang dijanjikan oleh sesetengah jenama kecantikan.

Perkara pertama yang anda patut ambil peduli ialah, mengenalpasti  jenis kulit wajah,kemudian barulah lengkapkannya dengan menggunakan produk kecantikan yang tepat berdasarkan jenis kulit anda.

Setiap wanita mempunyai jenis kulit yang berbeza. Jenis kulit ini boleh berubah mengikut beberapa faktor antaranya, umur, cuaca dan gaya hidup yang diamalkan. Sebagai contoh, ketika anda berusia belasan tahun dan masih remaja, kulit wajah kebiasaannya berminyak dan berjerawat. Ini kerana berlakunya perubahan hormon dan anda sering melakukan aktivit luar yang terdedah dengan sinaran UV.

Untuk memiliki kulit wajah yang sihat, berseri dan bebas cela, anda haruslah konsisten dan berdisiplin dengan rejim kecantikan siang dan malam.  Setiap jenis kulit mempunyai rutin penjagaan wajah siang dan malam yang berbeza begitu juga dengan penggunaan produk.

 

Kulit Normal – Anda sangat bertuah jika memiliki kulit jenis normal. Kulit anda tidak terlalu berminyak dan kering. Ia mempunyai kandungan air dan lipid yang seimbang.

Ini Yang Harus Di Lakukan!

SIANG

  • Membersih Wajah
  • Menyegar
  • Melembap dengan krim pelembap yang mempunyai kandungan SPF.

MALAM

  • Membersih wajah
  • Menyegar
  • Mengoles serum antioksida
  • Melembap dengan krim malam

Kulit Berminyak – Dikatakan, 60 peratus kawasan wajah anda akan berminyak, terutamanya di Zon T. Kulit wajah cenderung untuk memiliki liang pori yang besar , jerawat dan bintik hitam.

SIANG

  • Pembersih wajah bertekstur gel
  • Menyegar
  • Mengoles serum antioksida
  • Menyapukan krim tabir suria jenis zinc oxide

MALAM

  • Pembersih wajah bertekstur gel
  • Menyegar
  • Mengoles serum jenis AHA/BHA
  • Melembap dengan krim pelembap bebas minyak

HUJUNG MINGGU

  • Pupur wajah dengan skrub daripada jenis tanah liat

Kulit Kering – Kulit wajah kelihatan kusam dan kasar. Garisan halus tanda penuaan mudah kelihatan kerana keanjalan kulit semakin berkurang. Antara kawasan wajah yang kering ialah kelopak mata, pipi dan dahi.

SIANG

  • Membersih dengan pembersih bertekstur pekat seperti lotion, dan milky.
  • Menyegar
  • Mengoles serum antioksida
  • Melembap dengan krim pelembap yang mempunyai kandungan SPF.

MALAM

  • Membersih dengan pembersih bertekstur pekat seperti lotion, dan milky
  • Menyegar
  • Mengoles serum
  • Menyapukan krim mata
  • Melembap dengan krim malam daripada jenis hydrating moisturizer

Kulit Kombinasi – Sesetengah kawasan kulit anda berminyak dan mempunyai liang pori yang besar terutamanya di hidung dan pipi, manakala kawasan wajah yang lain kering dan normal.

SIANG

  • Membersih dengan pembersih wajah bertekstur gel
  • Menyegar
  • Menyapukan krim yang bertekstur ringan dan lembut
  • Melindungi kulit dengan krim tabir suria zinc oxide

MALAM

  • Membersih dengan pembersih wajah bertekstur gel
  • Menyegar
  • Mengoles serum jenis AHA/BHA
  • Menyapukan krim yang bertekstur ringan dan lembut

HUJUNG MINGGU

  • Pupur wajah dengan skrub daripada jenis tanah liat

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter