Rahsia Kecantikan Uqasha Senrose

Mempunyai personaliti yang menarik dan seraut wajah yang cantik, menjadikan pakej yang lengkap buat Uqasha Senrose. Untuk itu, pelakon berbakat ini semakin mendapat tempat dihati para peminat serta penerbit drama ataupun filem.

Terkini, Uqasha Senrose sedang hangat membintangi drama, Hero Seorang Cinderella di saluran Astro bersama Fazura dan Fattah Amin.

 

Uqasha dilihat semakin kurus kebelakangan ini. Adakah anda mengamalkan diet yang ekstrem?

Saya tidak mengamalkan sebarang diet yang khusus untuk kurus secara mendadak. Namun, saya merasakan faktor jadual kerja yang sangat sibuk telah membuatkan saya tidak mempunyai masa untuk makan dengan betul sehingga telah menjejaskan berat badan saya.

 

Apakah rahsia penjagaan rambut yang diamalkan?

Saya tidak mengamalkan sebarang petua kecantikan rambut, cukup dengan melakukan penjagaan rambut yang asas sahaja.

 

Anda memiliki kulit wajah yang sangat mulus dan bersih. Apakah produk penjagaan wajah yang sentiasa anda gunakan setiap hari?

Paling penting, saya akan pastikan untuk membersihkan wajah setiap hari dengan menggunakan pembersih wajah yang sesuai.

Haruman yang digemari?

Siapa yang tidak suka dengan haruman, bukan? Begitu juga saya. Namun, terlalu banyak pilihan haruman yang saya gemari dan tidak ada jenama yang khusus.

 

Item mekap yang wajib ada di dalam tas tangan?

Antara item mekap yang wajib ada ialah lipstik, pelembap bibir dan pemerah pipi.

 

Sumber: Majalah Jelita Isu April 2017 

 

, , ,

Type keyword(s) and press Enter