Produk Kecantikan Halal Jadi Teras Nurish Organiq

Definisi Halal kini bukan sahaja tertumpu pada penyediaan dan penyembelihan makanan  dalam undang-undang Islam. Ia lebih daripada itu. Halal kini telah menjadi simbol global untuk jaminankualiti dan gaya hidup. Selain barangan mekap, permintaan terhadap produk penjagaan kulit juga semakin meningkat. Semakin ramai pengguna yang mula teliti dan peka terhadap produk yang bakal mereka laburkan. Oleh itu, pengguna lebih peka akan memilih fesyen dan produk gaya hidup yang halal.
 

 
Dihasilkan untuk memenuhi keperluan peribadi wanita Islam yang tidak dapat mencari produk penjagaan kulit yang sesuai dengan kehendak mereka , EIG Pharma Asia Sdn Bhd telah melancarkan produk kecantikan, Nurish Qrganiq. Nurish Organiq adalah rangkaian pencerahan dengan matlamat unik menjadi jenama halal no.1 di Malaysia dengan bahan semulajadi dan orgnik.
 
Dilengkapi dengan pembersih wajah, skrib wajah, penyegar, serum mata, esen wajah, krim siang dengan SPF20 dan krim malam yang mana semuanya telah disahkan selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ianya 100% halal dan memenuhi kehendak syariah disamping selamat tanpa bahan berbahaya iaitu tanpa pewarna tiruan, tanpa minyak mineral, tanpa SD-alkohol, tanpa lanolin, tanpa sulfiat, tanpa paraben dan bebas komedogenik.
 
Produk penjagaan kulit Nurish Organiq diuji secara dermatologi dan diformulasi dengan 100% bahan semulajadi dan ekstrak tumbuhan organik yang diperakui oleh eco-free dari Perancis. Setiap produk Nurish Organiq mengandungi 500,00 sel tumbuhan aktif yang diekstrak dengan teliti melalui teknologi Kultivasi Bio-Teknologi. Gabungan bajan semula jadi dan sel aktif tumbuhan yang dipilih dnegan teliti dapat mengaktifkan semula sel semulajadi kulit dan menjadikan wajah cerah berseri dengan hasil yang terbukti berkesan selama sehari. Produk ini dapat memenuhi kemampanan dan piawaian tertinggi produk penjagaan kulit, namun masih kekl dengan harga berpatutan dan mampu dimiliki.
 
Rangkaian Pencerahan Nurish Organiq dirapikan denga  kebaikan bahan semulajadi iaitu kembija, bunga raya, bilberi dan timun. Bunga kemboja,adalah ramuan utama rangkaian pencerahan Nurish Organiq adalah tumbuhan yang popular dan dikenali umum sebagai tumbuhan eksotik dan kegunaan pelbagai budaya diseluruh dunia. Tidak ramai juga yang tahu bahawa bunga kemboja digunakan secara meluas sebagai remedi semulajadi untuk kecantikan dan wangian, ia juga digunakan sebagai bahan penawar semulajadi. Ia bertindak sebagai anti-oksida semulajadi, anti-penuaan dan juga dapat membantu memelihata dan memulihata kulit secara semulajadi.
 
Pelakon, Mawar Rashid telah dilantik menjadi duta untuk jenama Nurish Organiq. Mawar dipilih kerana kecantikan semulajadi dan mempunyai personaliti yang menarik. Mawar mempunyai bakat yang besar dalam lakonan. Dia juga seorang model dan bakal mengembangkan sayapnya dalam bidang nyanyian.

, , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter