Petua Cantik Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki

Memiliki kecantikan yang menyeluruh bukan perkara yang sukar untuk dilakukan. Dengan menggunakan teknologi yang canggih, kini terdapat banyak produk kecantikan yang khusus untuk rambut, wajah, tangan dan juga kaki namun anda boleh mendapatkan kecantikan menyeluruh tanpa perlu membazirkan wang anda dengan menggunakan bahan yang mudah di dapati di rumah.

Jelita kongsikan 10 petua cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki.

1 of 10

Rambut Bersinar Dengan Strawberi

Tidak suka melihat rambut anda yang kelihatan kusam dan tidak bermaya? Apa kata anda cuba dapatkan rambut yang sihat dan bersinar secara semula jadi dengan cara mudah iaitu menggunakan buah strawberi. Kandungan vitamin yang tinggi dalam buah ini membantu menyihatkan rambut.

Bahan:

  • Lapan sehingga 10 biji strawberi
  • Satu sudu besar mayonis

Cara Melakukannya:

  1. Lenyekkan buah strawberi hingga hancur.
  2. Campurkan dengan mayonis. Gaul sebati.
  3. Cuci bersih dahulu rambut anda.
  4. Kemudian, sapukan adunan strawberi tadi pada rambut. Tutup kepala dengan shower cap atau plastik.
  5. Letakkan tuala yang direndam dalam air panas ke atas kepala kerana haba panas dari tuala itu membantu rambut untuk meresap vitamin daripada adunan strawberi tadi. Biarkan selama 20 minit sebelum rambut anda dicuci bersih sekali lagi.
1 of 10

Rambut Bersinar Dengan Strawberi

, , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter