Lima Yang Tercantik Di Cannes Film Festival 2017

Festival filem tersohor di dunia, Cannes Film Festival 2017 yang ke 70 telah pun diadakan bermula pada 17 Mei -28 Mei 2017. Seperti biasa, laluan kapert merah antara yang dinanti-nanti untuk menyaksikan para selebriti terkenal dari seluruh dunia tampil anggun dan segak bergaya dengan pilihan busana yang menarik.

Jelita senaraikan antara lima selebriti yang tampil cantik memukau pada  Cannes Film Festival 2017 untuk hari pertama ini.

Deepika Padukone – Pelakon jelita dari Bollywood ini hadir sebagai duta Loreal mencuri tumpuan dengan persalinan berona ungu. Rambut panjangnya dibiarkan ikal mengurai cantik. Alis mata cantik terbentuk dan bibir mekar dengan gincu berona plum.

 

Bella Hadid– Supermodel terkenal ini sentiasa mencuri tumpuan lensa kamera. Kali ini hadir dengan rambut berpotongan pendek, tampak lebih segar dan muda. Solekan natural menjadi pilihan, dengan sedikit serlahan penggaris mata dengan teknik eye cat.

 

 

Elle Fanning– Pelakon Hollywood ini tampil manis dengan rambut yang disanggul kemas dan sentuhan mekap minimalis. Kelopak mata dialit tebal dengan penggaris mata dan disudahkan dengan gincu berona merah jambu, menyerlahkan sisi feminin.

 

Emily Ratajkowski –  Solekan rona tanah mendominasi kanvas wajah. Tampil menyerlah dengan potongan rambut fringe di bahagian hadapan dan disanggul kemas.

 

Lily Rose Depp – Tampil dengan natural dan bersahaja. Namun, cukup cantik dan tidak keterlaluan. Rona pic dan coklat menghiasi kelopak mata senada dengan rona gincu pada bibir. 

 

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter