Kolaborasi Olympia Le-Tan Bersama Lancome

Lancome dengan gembiranya mengumumkan kerjasama baru bersama dengan Olympia Le-Tan. Musim luruh ini, pereka fesyen dari Perancis itu akan menyertai lancom untuk menghasilkan koleksi solekan yang seksi dan vintaj.
 

 
Koleksi solekan edisi terhad ini akan menandakan bab baru dalam sejarah kerjasama Lancome bersama dengan dunia fesyen. Sebelum ini, Lancome pernah bekerja sama dengan Alber Elbaz, Yiqin Ying, Alexandre Vauthier, Jacquemus, Anthony Vaccarello dan banyak lagi. Baru ini, Lancome pernah bekerja sama dengan Sonia Rykiel dan kini ia giliran Olympia Le-Tan untuk menghasilkan sesuatu melalui pandangannya bersama Lancome.
 
Olympia Le-Tan ternyata pereka fesyen yang lain dari yang lain. Dia menyerlahkan gaya seksi dan feminin dalam setiap rekaan busanannya yang bersulam tangan.Setiap busana rekaannya sentiasa menjadi impian  wanita Paris dan juga untuk mereka yang ingin menjadikan busanannya sebagai inspirasi.
 

“Rekaan dari Olympia Le-Tan menggabungkan elemen puitis dan joie de vivre. Sebuah jambatan antara zaman yang berbeza. Rekaannya mencerminkan peredaran masa dan juga meraikan keindahan dan kecantikan setiap wanita yang turut dikongsi oleh Lancome,”- Francoise Lehmann, Pengurus Besar Lancome Antarabangsa.

 
Koleksi eksklusif boleh di dapati di tempat yang terpilih dari Ogos 2017. Maklumat lanjut akan dikeluarkan tidak lama lagi.

, , , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter