Kenali Dan Fahami Bahasa Haruman

Ketika anda ingin membeli haruman, mungkin anda sedar akan beberapa istilah yang tertera pada kelalangnya. Namun, sejauh manakah anda mengetahui maksud di sebalik istilah haruman itu?

 

Accord – Campuran dua atau lebih wangian untuk menghasilkan bau baru yang lebih lengkap dan berbeza.

Attar– Minyak pati haruman yang disuling daripada ekstrak bungaan.

Base Notes – Nota asas iaitu  fasa ketiga atau keempat dalam penyejatan minyak wangi atau haruman yang tertinggal pada kulit.

Essential Oil – Minyak pati yang pekat dan tinggi daripada tumbuhan hasil kaedah penyulingan.

Top Note – Nota asas pertama yang akan anda bau sebaik sahaja disemburkan pada anda.

Extrait –Ekstrak atau nama lainnya pewangi alkoholik yang mengandungi 15-45 peratus komponen minyak wangi di dalam alkohol.

Aqueous – Merujuk kepada haruman yang berkonsepkan aroma air.

JENIS WANGIAN

Pernahkah anda keliru akan apakah perbezaan parfum, eau de parfum (EDP), eau de toilette (EDT) dan eau de cologne (EDC)? Setiap satunya mempunyai fungsi dan keistimewaan yang tersendiri.

Parfum
Paling lama bertahan,  sehingga 6-12 jam. Kadar aromanya mencapai 22 peratus tanpa campuran alkohol. Kandungan ekstrak haruman yang tertinggi dalam susunan keempat-empat jenis wangian. Kebiasaannya, harga ia agak mahal berbanding dengan haruman yang lain.

 Eau de Cologne (EDC)
Mengandungi ekstrak haruman yang lebih rendah berbanding EDT.  Itu kerana kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat sekitar 5 peratus campuran pewangi. Wangiannya  cepat hilang dan sesuai digunakan selepas mandi.

Eau de Toilette (EDT)
Mempunyai kadar wangian  hanya sekitar 12 peratus. Apabila inginkan  kesegaran yang boleh bertahan  lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang paling ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta boleh bertahan hingga 3-4 jam.

Eau de Perfume (EDP)
Memiliki kadar wangian sebanyak 15 peratus. Harumannya mampu bertahan sehingga 5 jam dan sesuai untuk penggunaan harian.

, , ,

Type keyword(s) and press Enter