Kelebihan Bedak Kompak Kusyen Untuk Kulit Wajah

Kehadiran bedak kompak kusyen telah menjadi fenomena di dalam dunia kecantikan dan ramai wania yang sudah jatuh cinta dengan keberkesanannya dan cara ia bertindak utuk mencipta seraut wajah yang mulus, berseri dan cantik. Jelita senaraikan kelebihan bedak kompak kusyen pada kulit wajah anda.
 

Gambar: Shutterstock

     

  • Mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit dan berminyak. Jelas sekali, ia mendapat inspirasi hasil dari solekan ala Korea yang mana, tidak memerlukan penggunaan bedak asas yang tebal dan berat pada kulit. Kemasan wajah akan kelihatan lebih mulus dan sekata.
  • Praktikal- Mudah dibawa, ini kerana cecair bedak asas berada di dalam bekas kompak dan anda tidak perlu membawa botol yang berat di dalam tas tangan anda. Jika mahu touch up, hanya perlu aplikasi nipis pada wajah yang sudah dirias dengan solekan.
  • Aplikasi yang sangat mudah- Cecair bedak asas itu berada di dalam kusyen dalam bekas dan di atasnya terdapat span yang lembut. Untuk menggunakannya, hanya tekan span tersebut dan cecair bedak asas itu akan keluar daripada kusyen itu. Ini lebih mudah untuk anda mengawal jumlah kuantiti bedak asas yang ingin diaplikasi kepada wajah.
  • Ia juga sudah dirumus dengan kandungan SPF, iaitu pelindung tabir suria. Ia seperti dua dalam satu, mrlindungi daripada bahaya tabir suria dan melitupi permukaan wajah agar kelihatan lebih mulus, licin serta menghasilkan efek solekan yang tegar.

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter