Istimewa Aidilfitri: Seleksi Citra Menawan Bersama Sasa

Lebaran dirai penuh kemeriahan. Begitu juga dengan persembahan wajah dan personaliti diri anda. Kanvas wajah yang tersedia cantik tambah berseri dengan layangan nuansa indah bersama haruman segar memikat. Ini adalah produk cantik wajar ada bagi meraikan hari nan indah, agar momen yang istimewa itu kekal buat selamanya.

CYBER COLORS LUMINOUS BLOSSOM CC CUSHION SPF50 PA+++, RM249

Wajah licin bak porselin dengan kemasan kusyen kompak ini. Hadir dengan kuasa pencerahan, pelembap, melindungi, anti oksidan dan juga merawat, kulit tampak lebih mulus dan bercahaya.

PUPA I’M MATT LIP FLUID, RM79

Senyuman lebih mekar dengan mainan rona cantik pada bibir. Bertekstur ringan dan berpigmen tinggi, ia meninggalkan kemasan yang sempurna pada bibir.

 

 

DONG GONG MINN JELLO COLOR EYESHADOW PALETTE, RM169

Cipta riasan mata yang glamor dengan enam sentuhan rona yang memukau. Mempunyai tekstur yang lembut dan halus, ia mesra untuk diadunkan pada kelopak mata anda.

 

COLLISTAR SPECIAL BODY PERFECT BIOREVITALIZING ANTICELLULITE CONCENTRATE 200ML, RM199

Roller magnetik pada hujungnya memberikan efek optimum setanding perawatan di pusat kecantikan profesional. Formulasi terulung ini berinspirasikan daripada dua teknik perubatan kosmetik bertujuan menghalang kesan selulit dan menjana semula sel kulit.

 

DR G HYPER BRIGHTENING CREAM, RM149

Rumusan serbuk mutiara berfungsi untuk membaiki tona kulit dan melembutkan wajah agar cerah bak kejora.

 

 

MARINA DE BOURBON TENDRE REVERENCE EDP, 50ML, RM200

Percikan kesegaran direnjis dengan nota bungaan menghiasi haruman baru ini. Membiaskan karakter anggun, sisi feminin anda lebih menyerlah  dengan haruman mewah ini.

 

 

Artikel berbayar ini adalah sebahagian daripada Istimewa Aidilfitri dalam edisi Jun Jelita. 

 

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter