Helah Kecantikan Yang Patut Anda Cuba

Sudah menjadi naluri seorang wanita untuk tampil cantik dan sihat persis selebriti mahu pun model. Ada pelbagai helah untuk mendapatkan hasil sebegitu. Cuba helah yang dikongsikan ini. Semoga berjaya ya!

 

  1. Lindungi leher. Elakkan dari menyembur wangian terus ke leher kerana bahagian ini adalah yang paling sensitif dan mudah terkena selaran cahaya matahari. Malah semakin meningkatnya usia, kulit di leher mudah kedut dan hiperpigmentasi. Jadi mulakan penjagaanya sekarang dengan langkah mudah iaitu memakai krim tabir suria selepas mandi.

 

  1. Rambut kekal berkilauan. Guna air basuhan beras untuk rawatan rambut yang tidak bermaya dan kering. Ini kerana beras mengandungi vitamin B yang mampu membekalkan kelembapan pada rambut anda. Caranya mudah, selepas bersyampu, bilaskan dengan air bersih. Kemudian tuang air beras pada rambut dan urut perlahan. Biarkan seketika selama lima minit sebelum membilas rambut bersih.

 

  1. Wajah berseri. Baring dan juntaikan kepala ke bawah selama tiga minit setiap hari. Kenapa? Dengan melakukannya, darah yang mengandungi nutrisi dan oksigen mengalir terus ke wajah kesan dari penarikan graviti bumi. Hasilnya, wajah kelihatan berseri secara semula jadi.

 

 

  1. Redakan Kemerahan. Sapukan lapisan nipis greek yogurt pada wajah selama 10 minit sekali seminggu. Ini kerana ia mengandungi probiotik yang berfungsi sebagai antibakteria dan bahan yang menghindari rengsa, maka menjadikan ia sebagai bahan yang mampu meredakan kulit sensitif dari  Info: Greek yogurt mengandungi asid laktik yang mana mampu menanggalkan kulit mati dan mencerahkan wajah anda juga!

 

 

  1. Lindungi mata. Bila anda mengenyit mata, otot di kawasan mata bekerja keras sehingga timbulnya garisan halus. Itu sememangnya punca yang anda tidak boleh elakkan. Namun, ada caranya untuk mengelakkan kawasan mata anda jadi lebih teruk. Pakai cermin mata hitam untuk lindungi kulit sekitar mata terdedah daripada sinaran matahari. Tapi, elakkan bingkai cermin mata yang diperbuat daripada logam kerana ia boleh menyebabkan garis halus menjadi lebih dalam dan jelas kelihatan.

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter