dUCK Cosmetics Kini Di Pavillion, Kuala Lumpur

Usahawan terkenal, Vivy Yusof yang menerajui jenama fesyen tersohor Fashion Valet dan dUCK Scarves kini melebarkan empayar perniagaannya dengan melancarkan dUCK Cosmetics.

dUCK Cosmetics menawarkan rangkaian kosmetik menarik yang memenuhi keperluan wanita moden yang mementingkan penampilan dan sentiasa up to date dengan trend terkini

Untuk permulaan, dUCK Cosmetics memperkenalkan lima produk iaitu, Lipstickwitu Lipsticks, RM70, GlossipGirl Lip Gloss, RM60, MatteDecision Lip Cream, RM75, AllEyeAsk Eyeshadow Palette, RM135 dan NoFilter Makeup Remover, RM100.

Bagi AllEyeAsk Eyeshadow Palette ia hadir di dalam dua variasi, iaitu Smokey dan Nude. Bagi yang sukakan riasan mata yang manis minimalis dan semula jadi, Nude adalah pilihan tepat. Manakala,bagi yang suka bereksperimen dengan rona yang garang dan bold, tekstur kilat pada palet pembayang mata ini buatkan anda kelihatan glamor dan berani.

 

Selain itu, Nofilter Makeup Remover turut hadir di dalam tiga variasi iaitu, Hydrating, Brightening dan Refreshing yang mana ia sesuai untuk keperluan mengikut jenis kulit masing-masing.

Menurut Vivy Yusof, dUCK Cosmetics bukan sekadar kosmetik, tetapi ia melambangkan gaya hidup. Dengan solekan, anda mampu mengubah dan kelihatan menyerlah biarpun berbeza personaliti.

“Koleksi yang diperkenalkan ini adalah yang  wajib ada dan wajib guna  di dalam rutin kecantikan wanita setiap hari. Ianya saling berkait rapat dan tidak lengkap rasanya rutin kecantikan tanpa item penting ini.”

Kesemua rangkaian produk ini boleh di dapati di dUCK Cosmetics Store, Level 6 Pavillion dan FashionValet.

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter