Bagaimanakah Menjaga Produk Kosmetik Dengan Tepat?

Siapa kata produk kosmetik tidak mempunyai jangka hayat? Seperti makanan, ia juga turut mempunya tarikh luput yang anda patut ambil peduli.

Buruk akibatnya jika anda menggunakan produk kosmetik yang telah kehabisan jangka hayat, ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan jangkitan kuman pada mata. Rawat produk kosmetik dengan langkah yang tepat agar ia tahan lebih lama dan selamat digunakan.

 

 

SIMPAN DI TEMPAT YANG BETUL

Simpan produk kosmetik di tempat yang sejuk dan kering setelah anda membukanya. Elakkan menyimpannya di tempat yang panas atau lembap kerana ia boleh merosakkan tekstur produk kosmetik. Teksturnya akan bertukar menjadi cair, lembik dan mudah patah.

Tip: Jangan simpan produk kosmetik seperti lipstik atau bedak di dalam kereta kerana wap dan habanya boleh merosakkan produk itu.

 

KEBERSIHAN

Cuci tangan anda selepas menyentuh produk kosmetik seperti pembayang mata dan bedak asas. Ini kerana, ia mempunyai tekstur yang boleh menyebabkan alahan akibat kuman dan bakteria yang melekat pada barangan kosmetik.

 

CUCI BERUS SOLEKAN DENGAN KERAP

Jangan biarkan berus solekan tidak bercuci dengan lamanya. Cuci berus solekan sekurang-kurangnya setiap dua minggu. Gunakan essential oil untuk menanggalkan kesan minyak, debu dan krim pada bulu berus.

Tip:  Jangan rendam berus mekap terlalu lama di dalam air kerana ia boleh mengubah bentuk bulu berus anda.

 

ASAH DENGAN BAIK

Beberapa alat solek perlu diasah sebelum digunakan. Antaranya seperti pensel gincu, atau pensel alis mata. Gunakan pengasah yang betul- betul tajam agar ia tidak merosakkan hujung pensel.

Tip: Cuba teknik ini. Masukkan alat solek ke dalam peti sejuk setengah jam sebelum diasah. Hasilnya tentu anda puas hati!

 

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter