Aura Malaysia Dalam Gincu

Pepatah ada mengatakan, lipstik itu ibarat teman setia wanita. Hari yang dilalui tidak lengkap tanpa calitan warna untuk menyeri bibir. Benar atau tidak, tidak kisah apa jua jenamanya, anda pasti mempunyai satu yang tersimpan rapi di dalam tas tangan.

Bercakap mengenai lipstik, terdapat pelbagai lambakan jenama antarabangsa mahupun tempatan yang menghiasi dunia kecantikan masa kini. Ianya dilihat sebagai perkembangan positif kerana masing-masing cuba menampilkan produk yang terbaik mengikut kreativiti masing-masing.

 

Nita Cosmetics, antara jenama tempatan yang mempelopori dunia kecantikan dengan kemunculan lipstiknya. Diterajui wanita cantik penuh wawasan, Aznita Azman, Nita Cosmetics kian mendapat tempat di hati para penggemar kosmetik.

Memilih pangkalan akhir namanya sendiri sebagai label jenama, Aznita percaya ianya mudah untuk disebut, malah mudah untuk diingati ramai wanita di luar sana. Sedikit latar belakang Aznita, dia bukanlah seorang jurusolek profesional atau pakar dalam bidang solekan, tetapi dek kerana minat dan suka bermain dengan alat mekap seperti wanita lain membuatkan dirinya berani untuk mencuba membina empayar jenama kecantikannya sendiri.

“Solekan membuatkan saya menjadi lebih kreatif, berani dan seronok. Kadangkala, ianya boleh membangkitkan semangat dan keyakinan seseorang dan membantu menceriakan hari-hari yang dilalui. Ada ketikanya, saya boleh menghabiskan masa yang lama di Sephora ataupun farmasi kecantikan.

“Pada hari pertama ianya dilancarkan, saya sangat resah dan risau akan penerimaannya. Namun, Alhamdulillah, ia mendapat sambutan yang menggalakkan dan ramai yang suka akan koleksi yang kami tampilkan. Ini sedikit sebanyak membuatkan saya lebih bersemangat untuk maju ke hadapan dan tampil dengan lebih banyak produk yang menarik dan berkualiti. Apa yang penting, sentiasa berfikiran positif dan lakukan yang terbaik,” ujarnya penuh bersemangat.

 

APA YANG MENARIK MENGENAI NITA COSMETICS?

  • Menonjolkan ciri-ciri kebudayaan Malaysia pada setiap produknya. Sebagai contoh, terdapat elemen seperti ais kacang dan corak Nyonya pada kotak pembungkusan Nita Cosmetics.
  • Mempunyai tekstur yang ringan dan halus. Contohnya, tekstur mattenya, dirumus dengan formulasi hebat iaitu ia berkrim dan berpigmen serta mempunyai kemasan yang sempurna pada bibir anda.
  • Nama untuk setiap Matte Liquid Lipsticknya juga menarik, kerana menonjolkan nama tradisional busana pakaian di Malaysia, iaitu Kebaya, Songket, Cheongsam dan Kurung. Bukan itu sahaja, untuk koleksi Tropikal, terdapat nama menarik seperti Pangkor, Redang, Tioman dan Sipadan.
  • Hadir dengan gincu sebagai produk utamanya, kini ia semakin berkembang dengan adanya rangkaian pembayang mata.

 

Nita Cosmetics beroperasi secara penuh di atas talian dan juga boleh dapatkan seleksi produknya di Fashion Valet dan ISetan KLCC.

Apakah harapan Nita Cosmetics? Katanya, semoga label ini semakin maju ke hadapan dan berdaya saing serta mampu menjadi jenama kecantikan yang disegani dan bualan ramai.

, , ,

Type keyword(s) and press Enter