Anugerah Seri Jelita 2017: Skrub Wajah Terbaik – Dermalogica Daily Superfoliant

Rutin penjagaan wajah tidak lengkap jika sekadar menggunakan pembersih wajah yang biasa. Ia memerlukan pembersih wajah yang bersifat eksfoliasi bagi menyingkirkan kotoran dan sel kulit mati.

Kebiasaannya, anda akan dinasihatkan agar tidak mengekfoliasi kulit setiap hari bagi mengelak permukaan wajah daripada menjadi kering dan merengsa. Tetapi kini, Dermalogica telah menghasilkan Daily Superfoliant terbaru yang anda boleh gunakan setiap hari kerana ia cukup lembut untuk wajah.

Menggunakan formulasi sama dalam bentuk serbuk inovatif yang telah menjadikan Dermalogica Daily Microfoliant produk terlaris, Daily Superfoliant lembut untuk kegunaan harian tetapi masih mampu memberikan kesan segera yang diingini.

Selepas menggunakannya, kulit akan terasa amat lembut pada masa sama, ia melawan faktor alam yang mencetus masalah bintik hitam, garis halus dan tona tidak sekata.

CARA MENGGUNAKANNYA: Selepas membersih wajah, letak setengah sudu the Daily Superfoliant pada tangan yang basah dan gosok sehingga berbuih. Sapukan membulat pada wajah, elakkan kawasan mata. Urut perlahan kemudian bilas dengan air suam. Bagi kulit sensitif, gunakan selang sehari sehingga kulit serasi dengannya.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Anugerah Seri Jelita 2017 di dalam edisi Oktober.

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter