Anugerah Seri Jelita 2017: Masker Topeng Pencerahan – SEP Tangerine Brightening Mask

Jangan hanya menumpukan rutin penjagaan wajah dengan rutin yang asas sahaja. Sesekali, belai kulit anda dengan pupur yang boleh membuang sel kulit mati dan menjana kulit yang lebih sihat.

Sudah selesai membersihkan wajah daripada solekan dan cela persekitaran, anda perlu gunakan pupur wajah yang mampu ‘membaja’ kulit agar tampak lebih cerah menawan.

Apa kata cuba SEP Tangerine Brightening Mask yang datang dari Korea ini. Ia mengandungi ekstrak limau tangerine yang segar ditanam di Jeju bagi membantu menyekatakan tona kulit wajah anda dengan cukup mudah.

 

Selain itu, ia mengandungi herba Devil’s Claw yang anti inflamasi bagi memulih dan menyihatkan kulit. Bunga daisy pula bagus untuk detoks dan memberi efek mencerah. Kandungan timun pula kaya nutrient seperti vitamin C dan ia melembapkan kulit selain mengekalkan keanjalan. Edelweiss, sejenis bunga di Alps melambangkan kesucian bagi mencerahkan kulit.

Cara Menggunakannya:

  1. Letakkan masker topeng SEP pada kulit yang sudah dibersihkan.
  2. Biarkan selama 10 ke 20 minit sebelum menanggalkannya.
  3. Urut atau pedap kulit wajah untuk penyerapan bahan yang lebih baik.

Selepas menggunakannya, anda akan melihat kulit wajah tampak mencerah, meraih kelembapan yang diingini dan tekstur kulit terasa lebih anjal.

Belai kulit wajah anda dengan topeng pencerahan SEP Tangerine Brightening Mask, RM24.90 (pek lima keping).

 

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Anugerah Seri Jelita 2017 di dalam edisi Oktober.

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter