5 Riasan Cantik Di Golden Globes 2018

Acara karpet merah  Golden Globes 2018  ke -75 baru saja berlangsung baru-baru ini telah mencuri perhatian kerana rata-rata selebriti yang hadir telah mengenakan busana bertemakan rona hitam.

Bukan itu sahaja, dandanan rambut dan  riasan mekap juga mencuri tumpuan lensa kamera kerana ia melengkapi keseluruhan penampilan di acara mewah dan glamor ini. Ayuh lihat lima solekan yang menjadi pilihan kerana keanggunanya, berjiwa minimalis dan sentiasa tampak malar segar.

1 of 5

Penelope Cruz

 

 

Walaupun semakin meningkat usia, sinar kecantikannya masih menyerlah seperti dulu. Wanita Latin yang juga satu daripada wajah dan duta Lancome ini tampil mempesona hasil riasan jurusolek antarabangsa Lancome,  Charlotte Tilbury. Solekan nipis dan natural menjadi pilihan. Cukup dengan memberi tumpuan pada celak mata menggunakan Lancome Grandiose Liner dan juga kelopak mata berona tanah menggunakan Hypnose Doll Eye Palette D02. Gincu berona lembut melengkapkan riasan. 

1 of 5

Penelope Cruz

, , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter