10 Sebab Kenapa Keserian Wajah Anda Pudar

Anda perlu menganggap kulit ibarat tumbuhan dan jika ia tidak dijaga, diberikan kasih sayang, ia akan meliut layu. Sama juga dengan kulit, andai ia kurang dibelai dan dimanja maka keseriannya akan hilang. Jelita kongsikan punca keserian wajah pudar yang dikongsikan oleh pakar nutrisi.

Gambar: Shutterstock

Amalan Cara Hidup Yang Tidak Sihat

Tidak cukup tidur, tekanan, merokok dan minum minuman keras antara punca keserian wajah hilang. Tanpa disedari, inilah tabiat buruk yang gemar dilakukan kebanyakan wanita zaman sekarang. Bagi mereka ini biasa, namun hakikatnya tabiat ini memberi kesan kepada penampilan mereka.

Pemakanan Yang Tidak Seimbang

Jika mahu kulit kelihatan berseri, anda disarankan untuk makan makanan bernutrisi lengkap dan sihat. Makan yang cukup dan pastikan ia seimbang mengikut piramid makanan. Paling penting, banyakkan makanan yang mengandungi anti oksidan yang tinggi bagi membantu kulit kelihatan anjal dan awet muda. Ia banyak didapati daripada makanan berasaskan tumbuhan dan kehidupan laut seperti tuna, kekacang serta bijirin.

Kurang Minum Air

Harus diingat, 60 peratus daripada badan manusia terdiri daripada air dan ia sangat penting bagi membantu sistem badan berfungsi dengan baik. Jika kurang minum air, ia secara tidak langsung membuatkan kulit kelihatan kusam serta tidak bermaya dan mempercepatkan proses penuaan. Jangan biarkan anda nampak tua daripada usia.

Terlalu Terdedah Kepada Sinaran UV

Benar kita memerlukan cahaya untuk penghasilan vitamin D, namun jika terlalu terdedah kepada sinaran, ia boleh menyebabkan kesan serius kepada kulit. Antara masalah kulit yang berpunca daripada sinaran UV ialah menyebabkan jeragat, merosakkan sel kulit dan mempercepatkan proses penuaan.

Kurang Pengambilan Buah Dan Sayuran

Jangan malas untuk makan buah atau sayur kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kulit. Jika kurang makan buah dan sayur, kulit akan kelihatan kusam dn tidak bermaya kerana kekurangan vitamin B2, C, E, betakaroten dan potassium. Bukan itu sahaja, garis penuaan juga mudah kelihatan dan mudah ditumbuhi jerawat.

Penjagaan Wajah Yang Kurang Sempurna

Jangan terlalu obses untuk mencuba pelbagai produk kecantikan yang ada di dalam pasaran kini. Pastikan anda memilih produk yang sesuai dengan kulit. Pilihan yang salah akan  menyebabkan kulit menjadi bermasalah dan hilang seri. Paling penting, anda perlu kerap mencuci wajah terutama selepas mengenakan solekan. Pastikan wajah bebas daripada sebarang kotoran dan minyak.

Kurang Bersenam

Tidak dinafikan, disebabkan kekurangan masa kerana sibuk bekerja, wanita kini kurang berminat untuk bersenam. Akibatnya, ia memberi kesan kepada peredaran darah dan oksigen kepada sel kulit. Ini menyebabkan kulit kelihatan kurang bermaya dan tidak sihat. Peluh yang terhasil daripada bersenam menggalakkan pembuangan toksik yang menyumbat liang kulit dan ini mengelakkan pertumbuhan jerawat.

Pengambilan Gula Yang Berlebihan</span>

Terlalu banyak makan makanan manis boleh menyebabkan kerosakan kolagen kulit dan membuatkan ia kendur.

Solekan Yang Tebal

Jangan terlalu gemar mengenakan solekan yang tebal. Tindakan anda ini akan membuatkan kulit tidak dapat bernafas sehingga menyebabkan liang pori tersumbat dan menggalakkan pertumbuhan jerawat serta mempercepatkan proses penuaan.

Pengambilan Garam Yang Banyak

Garam berlebihan menyerap keluar lembapan pada kulit dan menyebabkan ia kelihatan kusam serta kering.

 

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter