Zafigo Laman Sesawang Untuk Wanita Menggembara Dengan Selamat

Menggembara dengan selamat dengan Zafigo.com yang diasaskan oleh Datin Paduka Marina Mahathir. Zafigo adalah laman sesawang bahru dari Malaysia yang menawarkan tip, panduan dan cerita perjalanan atau penggembaran dari perspektif wanita yang melancong di sekitar Asia dan Timur Tengah.
 

Gambar: Instagram


 
Dilancarkan secara rasmi pada November 2014, Zafigo adalah singkatan daripada perkataan “Safe I Go”. Laman sesawang ini memfokuskan tentang penggembaraan dari perspektif wanita termasuk menjawab soalan yang sering ditanya ketika persiapan ingin pergi menggembara.

  • Apa yang relevan dan berguna untuk saya yang biasanya tidak terdapat di laman sesawang yang lain, jika saya seorang wanita ingin pergi ke luar negara secara sendirian?
  • Maklumat dan petua apa yang boleh membuatkan perjalanan saya lebih baik, selamat dan lebih seronok?

 

“Perlancongan adalah satu perniagaan yang sangat mementingkan jantina. Pelancong wanita biasanya mempunyai kebimbangan yang sangat berbeza dari pelancong lelaki. Untuk satu perkara, wanita perlu lebih berhati-hati terhadap bahaya fizikal daripada lelaki, dan jika kita ke negara lain atas urusan bekerja, kita perlu berfikir lebih sedikit tentang budaya, adat, tingkah laku dan norma tempatan. Hal ini jarang ditemui di laman web perlancongan yang lain. Walaupun isi kandungan laman sesawang ini lebih memfokuskan kepada pelancong wanita, Zafigo tidak menyokong stereotaip terhadap jantina sebaliknya Zafigo bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada wanita untuk merasa lebih yakin, selamat dan bekerja tanpa risaukan hal yang lain,”- Datin Paduka Marina Mahathir.

 
Buat masa sekarang, Zafigo akan menampilkan bandaraya pertama, Kuala Lumpur dan bakal berkembang untuk menampung bandar lainseperti Jakarta, Bangkok, Yangon, Manila, Delhi, Islamabad, Hanoi dan bandar lain di Asia dan Timur Tengah di mana Zafigo akan memberikan panduan dan tip untuk melancong dengan selamat di bandar ini.
 

 
Belajar, Merasai Pengalaman Dan Berseronok Dengan ZafigoX

ZafigoX adalah acara pertama di Asia yang didedikasikan untuk Women Empowerment and Travel yang akan berlangsung dari 29-31 Ogos di Royale Chulan Penang Hotel dan ia menjanjikan pengalaman yang menggembirakan bagi peserta. Acara yang dicadangkan oleh Datin Marina Mahathir ini telah dianjurkan bersama dengan Festival George Town 2017. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah:

  • Ceramah oleh penceramah dari pelbagai rantau dan negara dengan pengalaman dan pelajaran untuk dikongsi dan antaranya adalah Datin Paduka Marina Mahathir sendiri.
  • Bengkel dan aktiviti mengenai kemahiran yang boleh menyumbang kepada pengalaman penggembaraan yang lebih berkeyakinan dan menyeronokkan.
  • Bazar terbuka kepada orang ramai yang pastinya akan memberikan peluang kepada pengusaha wanita tempatan untuk mempamerkan produk atau hasil kerja mereka kepada lebih 5,000 pengunjung yang bakal hadir ke acara itu.

 
Ditetapkan untuk menjadi tuan rumah kepada lebih dari 300 peserta, ZafigoX mengalu-alukan wanita dari pelbagai lapisan usia dan masyarakat untuk menyertai pengalaman bermakna ini. Untuk maklumat lanjut dan tiket untuk ZafigoX, sila layari Zafigo.com/ZafigoX

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter