The Nail Parlour Sambut Ulang Tahun Ke-10 Bersama Keluarga Orang Asli

Lebih daripada 30 individu yang terdiri daripada kakitangan The Nail Parlour dan sukarelawan bekerjasama dalam membina rumah baru untuk keluarga Orang Asli di Perkampungan Orang Asli, Serendah Awang, Selangor.

Bermula dari 10 sehingga 12 Jun 2017, pasukan sukarelawan berkenaan telah bekerjasama dalam membina rumah dengan panduan daripada pakar binaan yang disediakan oleh Epic Homes dan rumah ini kemudiannya diserahkan kepada keluarga Orang Asli, Abang Leman dan isteri, Nur Hayati selepas tiga hari.

Setiap rumah yang dibina telah digabungkan dengan Footing System untuk menyediakan rumah dengan asas yang lebih kukuh. Setiap rumah turut dilengkapi dengan kemudahan penuaian air hujan dan pengurusan sisa kumbahan.

Projek amal ini adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10 The Nail Parlour.

“Sebagai rangkaian salun kuku terkemuka di Malaysia, The Nail Parlour ingin memberi sesuatu kepada komuniti dengan mewujudkan rumah yang selamat dan kukuh untuk keluarga Orang Asli,”- Lim May Shen, Pengasas The Nail Parlour.

The Nail Parlour telah mendermakan sebahagian daripada keuntungannya untuk membantu meningkatkan dana RM40,000 yang diperuntukkan untuk menyediakan rumah yang selamat dan kukuh untuk keluarga Orang Asli.

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter