Sheila On 7 Kembali Beraksi di Kuala Lumpur Februari Ini!

Berita baik untuk peminat Sheila On 7! Mereka akan membuat kemunculan kembali dalam sebuah konsert di Kuala Lumpur pada 10 Februari nanti.

Selepas tampil dengan konsert hebat pada Mac 2016, Duta, Eross, Adam dan Brian bakal kembali dengan sebuah konsert khas buat peminat setia mereka di Malaysia. Kembali dengan konsert ‘Sheila On 7 – Live in  Kuala Lumpur 2018’ dengan durasi dua jam setengah, ia adalah buah tangan terbaru daripada Sheila On 7 yang tidak boleh dilepaskan. Mereka bakal mempersembahkan lagu dari album pertama sehinggalah lagu seperti Sephia, Pria Kesepian, Melompat Lebih Tinggi, Seberapa Pantas dan banyak lagi.

Penerbit Eksekutif Shiraz Projects Sdn Bhd (kiri), Adam (tengah) dan Eross (kanan) semasa sidang media baru-baru ini.

Konsert yang bakal menjadi fenomena ini diadakan dengan tujuan meraikan sokongan hebat yang ditunjukkan oleh peminat Sheila On 7 di Malaysia dan sekitar rantau ini. Penantian bakal berakhir dengan konsert yang jatuh pada 10 Februari 2018.

Tiket telah mula dijual pada 21 Disember yang lepas di www.myticket.asia. Tiket dijual dengan harga RM315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (Silver). Peminat berpeluang bertemu ahli kumpulan Sheila On 7 dengan tiket Meet & Greet serta berpeluang memiliki barangan percuma.

Konsert ini dianjurkan oleh No Fear Sdn Bhd dan Shiraz Projects Sdn Bhd, selain disokong oleh Hot FM dan Kool FM sebagai stesen radio rasmi serta Rentak Sejuta sebagai rakan media.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi 03-86050195 / 012-2560082 atau layari www.shirazprojects.com.

INFO KONSERT

Tarikh: 10 Februari 2018

Masa: 8.30 malam

Lokasi: StarXpo, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur

Tiket: www.myticket.asia

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter