Sekitar Majlis Sambutan Jubli Emas Sultan Brunei Darussalam Menaiki Takhta

1 of 27
Use your ← → (arrow) keys to browse

Gilang gemilang sambutan Jubli Emas di Brunei minggu lalu yang menyaksikan pelbagai acara meraikan ulang tahun ke-50 Yang Di-Pertuan Negara Brunei Sultan Hassanal Bolkiah menaiki takhta. Dan majlis persantapan Diraja sempena sambutan jubli emas ini menjadi tumpuan apabila dihadiri oleh tetamu Diraja iaitu Raja-raja Melayu, pembesar negara-negara Asean serta tetamu kehormat dari seluruh dunia.

Majlis yang diadakan di Istana Nurul Iman Bandar Seri Begawan ini cukup indah dengan kesemua tetamu hadir dalam persalinan rasmi dan pasangan masing-masing anggun mengenakan busana tradisi. Menjadi tumpuan tentunya Permaisuri, Sultanah dan Puteri-puteri yang tampil menawan lengkap dengan tiara serta perhiasan berkilauan.

Antara yang mencuri perhatian adalah kerabat Diraja Brunei, Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan tetamu dari Britain, Countess Wessex Puteri Sophie bersama suaminya Putera Edward Earl of Wessex mewakili Ratu Elizabeth.

Klik halaman sebelah untuk saksikan foto-foto di majlis Santapan Diraja ini. >>

 

Foto: Instagram malaysiaroyalfamily, hmjubliemas, bruneiroyalfamily

1 of 27
Use your ← → (arrow) keys to browse

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter