Rasai Suasana Seram Di Sunway Lagoon Night Of Fright 5

Night of Fright kini kembali lagi dengan lebih banyak tarikan yang pasti akan membuatkan bulu roma anda meremang. Adakah anda sudah bersedia untuk mencabar diri anda sekali lagi di festival penuh dengan debaran, Nights of Firght yang kini telah masuk tahun kelima hanya di Sunway Lagoon!
 

 
Bermula dari 7 sehingga 21 Oktober 2017, Sunway Lagoon kini telah membuka lebih daripada 10 laluan gelap untuk anda rasai sendiri kengerian berganda ditemani dengan hantu dan makhluk halus yang pasti akan menghantui mimpi lena anda.
 
Antara tarikan yang terdapat di Nights of Frights 5 adalah:-
 

 
The Island of The Dolls- Mulakan malam anda dengan tarikan pulau replika, The Island of The Dolls. Tarikan pulau perlancongan yang terkenal di Mexico ini penuh dengan himpunan patung yang digantung di setiap sudut dan semuanya sudah dirasuk. Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam pulau ini, anda akan dapat rasakan ada sesuatu yang sedang memerhatikan anda.
 

 
Ouija- Jika anda sudah menonton filem ini kini cuba alami sendiri bisikan misteri dari papan Ouija yang menghubungkan anda dengan dunia gelap yang tiada bersempadan.
 

 
Day of The Day 3D- Alami sendiri dunia selepas kematian di Day of The Day 3D tetapi awas anda mungkin tidak akan kembali.
 

 
Dystopia- Amaran! Jangan masuk! Hospital ini menempatkan pesakit gila serta dipenuhi dengan korban pembedahan kejam diselang dengan pekikan, kesakitan, percikan darah dan organ dalaman manusia yang pasti akan membuatkan anda trauma dan pasti anda tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke hospital lagi.
 

 
Scream Park– Bagi anda yang lemah semangat, jangan sesekali memasuki taman ‘keras’ ini dimana pemburu hantu (Ghostbusters) sedang memburu hantu atau anda mungkin terperangkap dalam pertembungan antara Pontianak vs Pocong dan Zombie Apocalypse.
 
Forest of Fear- Anda berani untuk berjalan di dalam hutan yang dihantui oleh pocong dan pontianak yang berselindung di sebalik pokok dan dahan termasuk ratusan kubur yang tidak berpenghuni.
 
Judgement Lane- Lihat sendiri bagaimana banduan diseksa dengan digantung secara hidup-hidup.
 
March of The Undead- Sertai mahkluk halus dalam perbarisan yang pasti akan membuatkan bulu roma anda meremang.
 

 
Horrorwood Boulevard- Bayangkan jika acara karpet merah untuk majlis anugerah berprestij bertukar menjadi seram apabila karakter seram Hollywood turut menghadiri acara karpet merah itu.
 

 
Zombie Pirates- Keberanian anda akan diuji dengan lanun yang disumpah di lautan. Mereka akan memaksa anda terjun ke dalam laut dan mati!

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter