Raikan Pasangan Anda Bersama TWG Tea

TWG Tea, jenama teh mewah terbaik memperkenalkan Grand High Tea yang baru, menggabungkan teh terbaik dengan pelbagai bahan serta rasa unik.

Dibuat untuk merangsang kegembiraan, sesi minum petang ini mampu memberi kepuasan sempurna dalam berkongsi hidangan bersama orang yang dikasihi.

Hidangan savori yang disediakan adalah termasuk Saffron Chicken, Almond Crusted Tiger Prawn, Salmon Timbale, Matcha Green Tea Brioche dan Foie Gras Dome.

Seterusnya, mulakan perjalanan manis anda berdua dengan seleksi juadah pemanis mulut yang terdiri daripada Yam and Pistachio Sponge Layer Cake, Mandarin Orange Cheesecake, Red Choux with Caramel Ganache dan Forest Fruit and Seasonal Peanut and White Chocolate Biscuit.

Pada 14 Februari nanti, ceriakan pasangan anda dengan membawanya nikmati hidangan minum petang di TWG Tea. Nikmati hidangan pencuci mulut Hari Valentine secara percuma apabila anda menempah Grand High Tea, berharga RM118 untuk dua orang. Boleh didapati secara eksklusif di TWG Tea Salon & Boutique Pavilion KL, The Gardens Mall dan Gurney Paragon, Pulau Pinang.

, , ,

Type keyword(s) and press Enter