Rahsia Madu Lebah Kelulut

Oleh: Shaidah Shafie
 
Madu diakui mempunyai khasiat tersendiri menyebabkan ia banyak digunakan dalam pembuatan produk kecantikan dan penjagaan kulit. Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan, terdapat lebih 30 spesies lebah kelulut dan antaranya adalah Trigona Scaptotrigona, Trigona Laeviceps, Trigona Apicalis dan Trigona Thorasica.
 

 
Sehubungan itu, memandangkan madu lebah kelulut mempunyai potensi besar sebagai produk yang boleh diketengahkan, Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) telah menganjurkan  program keusahawanan menternak madu lebah kelulut di Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu selama tiga hari, baru-baru ini. Program berkenaan diadakan dengan kerjasama Exxon Mobil dan Jabatan Pertanian Terengganu. Lebih 25 peserta menyertai program yang diakhiri dengan majlis penutup berserta penyampaian sijil tamat kursus.
 
Dalam program berkenaan, selain diajar kaedah menternak lebah kelulut, peserta turut menghadiri bengkel teknik membuat sabun daripada madu lebah kelulut dan pelbagai produk lain turut dihasilkan.
 

 
Apa yang menarik mengenai lebah kelulut ini,  ada sesetengahnya  bersarang di dalam tanah, di dalam kayu dan di celah batu. Ia menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak, namun madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Penggunaan madu kelulut juga boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout
 
Perihal lebah kelulut:

# Madu lebah kelulut mempunyai beberapa jenis rasa seperti manis, masam, sederhana masam dan sangat masam. Ini kerana ia bergantung kepada bahan yang dimakan oleh lebah berkenaan.

# Lebah kelulut tidak berbahaya kerana ia tidak menyerang dan menyengat manusia.

# Lebah kelulut juga bersaiz agak kecil berbanding lebah biasa.

# Kandungan asid p-coumaric dalam madu lebah kelulut mengandungi antioksidan yang tinggi dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dan membanteras pembentukan sel kanser.
 

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter