Pakaian Bersih Dicuci Seolah Baru

Jenama pencuci, TOP sekali lagi merevolusikan industri bahan pencuci negara dengan memperkenalkan pencapaian terbarunya, teknologi Micro-Clean Tech™.

Dengan slogan ‘Belum Bersih sehingga Mikro Bersih’, jenama ini memberi dorongan kepada para pengguna untuk mencapai tahap kebersihan cucian yang seterusnya dengan penggunaan teknologi pencuci Anti-Sebum.

TOP Micro-Clean Tech™ Membersihkan Kotoran Yang Tampak dan Tersembunyi Walaupun di Teras Fabrik

Pencuci TOP Micro-Clean Tech™ mempunyai teknologi Anti-Sebum yang mampu membersihkan peluh dan sebum serta molekul lain yang terperangkap di dalam teras fabrik. Molekul peluh dan sebum ini adalah penyebab kepada kekuningan pada fabrik putih serta menjadikan pakaian yang berwarna kelihatan lebih kusam.

TOP Micro-Clean Tech™ dirumus khas untuk membersihkan peluh dan sebum yang terperangkap dengan pantas dan berkesan; memecahkannya kepada saiz mikro serta menghalangnya daripada kembali mendap ke dalam fabrik.

Kotoran seperti kopi, sos tomato, coklat dan darah serta kotoran degil seperti sambal belacan dan kicap boleh dibersihkan dengan mudah oleh TOP Micro-Clean Tech™.

Mengapa TOP Micro-Clean Tech™ Pencuci untuk Rakyat Malaysia

Untuk menambat hati pengguna serta memberikan khidmat yang lebih baik, TOP telah melaburi bidang kajian dan pembangunan untuk mencari penyelesaian kepada isu pencucian yang dihadapi pengguna melalui inovasi dan penemuan baharu.

Para pengkaji TOP di Malaysia mendapati bahawa peluh dan sebum yang terperangkap di teras fabrik adalah punca utama kekuningan pada baju putih kan kekusaman pada baju berwarna yang telah dicuci. Mereka dengan sedaya upaya mencari solusi kepada masalah yang dianggap tiada penyelesaianya.

TOP Micro-Clean Tech™ memberikan penyelesaian yang lebih menyeluruh kepada semua masalah cucian yang sebelum ini dikatakan tiada penyelesaian serta tahap kebersihan cucian yang baik.

Teknologi pencuci Micro-Clean Tech™ mengandungi molekul mikro yang boleh menembus jauh ke dalam teras fabrik untuk menarik keluar dan memecahkan peluh dan sebum dari dalam. Formulasi terkini juga akan menghalang peluh, sebum dan molekul kotoran lain yang tersebar dalam air cucian daripada kembali mendap ke dalam fabrik.

Bagi pengguna yang menyahut cabaran ‘Belum Bersih Sehingga di Mikro Bersih’, mereka akan mendapati hanya satu cucian dengan TOP Micro Clean Tech™ memadai untuk menyegarkan serta memulihkan kembali fabrik. Mereka juga akan mendapati air cucian menjadi keruh kerana peluh, sebum serta kotoran lain dibersihkan dengan berkesan.

Rumusan berevolusi ini mengekalkan fungsi pencuci Anti-bau hapak dan Anti Debu Hama TOP yang telah dikenali dan diyakini para pengguna Malaysia.

TOP Micro-Clean Tech™ kini boleh didapati di seluruh negara dengan rangkaian baru yang telah dirumus khas serta wangian yang tersendiri untuk pengguna yang mempunyai cita rasa berlainan. Rangkaian baru ini termasuklah TOP Booming Pleasures dan TOP Odour Buster.

, , , ,

Type keyword(s) and press Enter