Myvi Terbaru Kini Tampil Dengan Sistem Keselamatan Yang Canggih

Perodua telah membuka jalan standard baru untuk pengguna kereta dengan rangkaian kereta Myvi terbaru iaitu All-New Myvi.
 

 
Harga bermula dari RM44,300 (tanpa insurans), All-New Myvi telah mengambil signatur Modern Technologu, Youthful Design, Versatile space dan Inttelligent safety  ke tahap yang lebih baru.
 
Kereta ini juga adalah kenderaan pertama di Malaysia yang memperkenalkan ciri keselamatan lanjutan dan turut menawarkan lebih banyak kelengkapan daripada yang sebelumnya.
 
Dilengkapi dengan enjin Kenderaan Ekuiti 1.3 dan 1.5 (EEV), kereta Myvi terbaru ini turut dilengkapi dengan Dual VVT-i. Enjin kenderaan dikendalikan sama ada dengan transmisi manual lima kelajuan (MT) dalam vairan 1.3 L atau transmisi automatik empat kelajuan untuk semua varian.
 
Enjin NR yang baru ini berasal daripada Kilang Enjin Daihatsu Perodua di Sendayan, Negeri Sembilan.
 
Kereta Myvi terbaru ini turut mempunyai Eco Idle (1.3X, 1.5H dan 1.5AV) di mana enjin akan dimatikan secara automatok apabila kereta dihentikan dan dimulakan semula apabila pedal brek dibebaskan. Bersama dengan penambahaikan aerodinamik, ini dapat membantu untuk menjimatkan bahan api sebanyak 20.1 km/l unutk 1.5 AT (Dual VVT-i).
 

“The All New Myvi adalah model Perodua pertama yang mempunyai badan yang direka sepenuhnya di kilang sendiri,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

 

 
The All New- Myvi telah menawarkan lima varian iaitu 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Pemium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Ternyata kereta Myvi terbaru ini adalah kereta untuk semua.
 
The All New-Myvi ini lebih panjang, lebih rendah dan lebih luas dari rangkaian kereta Myvi sebelum ini. Kereta ini turut dilengkapi dengan lampu depan LED dengan fungsi ‘Auto-off’ dan ‘Follow-me-home’ dan butang Mula/Henti enjin yang menjadikan pengalaman memandu anda lebih mudah.
 
Terletak pada rim aloi sebagai standard, berukuran 14 inci untuk 1.3 varian dan 15 inci untuk 1.5 varian (dengan kemasan dua nada). Dengan jarak sebanyak 973mm antara penumpang depan dan belakang, memastikan anda mempunyai ruang yang banyak untuk kaki anda dan dengan susunan tempat duduk fleksibel 8+1, The All New Myvi ini sememangnya sesuai dengan gaya hidup anda bersama keluarga.
 
Varian 1.5 High pula mempunyai ciri sporty pada bahagian depan dan sisi kereta, bumper belakang dua nada, spoiler belakang dan pembaca tol terbina dalam di mana ia adalah ciri pertama untuk kereta Perodua. Anda hanya perlu masukkan kad Touch ‘n Go ke dalam pembaca dan anda boleh memandu melalui laluan tol SmartTAG.
 

 
Kereta terbaru ini turut dilengkapi dnegan Advanced Safety Assist (ASA), satu ciri keselamatan maju yang terdiri dairpada Pre-Collision Warning, Pre- Collision Braking, Fron Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Sistem ini beropersi melalui kamera yang menghadap ke hadapan yang diletakkan di belakang cermin pandang belakang.
 
Kesemua varian MYVI akan mendapat ABS degnan Electronik Brakeforce Distribution (EBD), Vehicle Stability Control (VSC). Varian 1.5 datang dengan enam beg udara manakala empat beg udara adalah standard untuk vairan 1.3.
 
Tampil dengan enam warna- Ivory White, Silver Glittering, Purple Mistress, Red Lava, Peppermint Green (ia adalah warna terbaru yang boleh di dapati pada varian 1.3 sahaja) dan Granite Grey (warna baru yang boleh di dapati pada varian 1.5 sahaja)
 
Rangkaian The All New Myvi ini boleh di dapati dengan harga berikut (tanpa insurans) (Semenanjung Malaysia):

  • 3 Standard G (MT): RM 44, 300
  • 3 Standard G (AT): RM 46, 300
  • 3 Premium X (AT): RM 48, 300
  • 5 High (AT): RM 51, 800
  • 5 Advance (AT): RM 55, 300

, , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter