L’Oréal-UNESCO Beri Anugerah Kepada Tiga Saintis Wanita

Tiga orang saintis wanita di Malaysia telah dipilih untuk memenangi anugerah L’Oréal-UNESCO For Women in Science Fellowship yang menjadi rebutan ramai bagi kajian yang mengatasi cabaran global dan mempunyai potensi untuk menyelamatkan jutaan nyawa.

Dari kiri Dr. Anesee Ibrahim (Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Unesco), YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dr Teh Su Yean (Universiti Sains Malaysia), Dr Jasy Liew Suet Yan (Universiti Sains Malaysia), Dr. Ho Weang Kee (Universiti Nottingham Malaysia),Mr. Malek Bekdache (Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia)

Antara penerimanya adalah Dr. Ho Weang Kee dari University of Nottingham Malaysia. Wanita berumur 35 tahun tersebut telah meraih anugerah tersebut atas usahanya dalam memperkembangkan sebuah model jangkaan risiko bagi kanser payudara, yang menggunakan DNA dan maklumat tentang gaya hidup untuk memastikan golongan yang mempunyai risiko kanser tersebut bagi pengesanan yang lebih awal.

Seorang lagi pemenang, Dr Jasy Liew Suet Yan dari Universiti Sains Malaysia, diiktiraf atas usahanya membina sebuah sistem yang mengesan tanda-tanda depresi dengan menganalisis corak-corak emosi di media sosial. Wanita berumur 32 tahun tersebut berharap agar teknologi yang peka dengan emosi ini dapat menggalakkan diagnosis dan rawatan awal.

Bekerja dalam pengurusan sumber mapan, Dr Teh Su Yean meraih anugerah tersebut dengan gabungan sains, kejuruteraan, teknologi, dan matematik untuk melindungi sumber perairan pantai di Malaysia. Profesor madya berumur 36 tahun di School of Mathematical Science di Universiti Sains Malaysia sedang membina sebuah model yang dapat menyimpan air tanah, yang mungkin penting apabila kita kehabisan sumber air yang lain akibat perubahan iklim global.

Tahun ini, selain daripada menerima geran berjumlah RM30,000 untuk digunakan bagi tujuan kajian mereka, setiap pemenang juga meraih kebolehan dalam menyampaikan idea mereka. Ketiga-tiga daripada mereka telah diberikan latihan untuk menyampaikan ringkasan kajian mereka di atas pentas ketika upacara penganugerahan, dalam cara yang sama seperti program TED Talks yang terkenal di seluruh dunia.

Kini dalam tahun ke-12, anugerah tahunan L’Oréal-UNESCO For Women in Science Fellowship dihasilkan untuk mengiktiraf dan memaparkan sumbangan saintis wanita. L’Oréal, diasaskan oleh seorang saintis bernama Eugene Schueller, meraikan keyakinan wanita selama lebih daripada satu abad lamanya. UNESCO, yang merupakan singkatan bagi United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, juga berjuang ke arah kesamaan jantina dalam memupuk pengetahuan saintifik semenjak tahun 1945.

, , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter