Lazada Malaysia Lancar Online Revolution 2017

Lazada Malaysia melancarkan acara membeli belah terbesar bagi tahun ini iaitu Online Revolution 2017. Acara membeli belah dalam talian selama sebulan yang memasuki tahun keenam ini akan bermula pada 11 November 2017 sehingga 14 Disember 2017 dengan menampilkan 90 juta produk dengan penjimatan sehingga 90 peratus.

Bertemakan “Shop the Universe”, Lazada Malaysia pada tahun ini telah memperkenalkan seksyen baharu di laman web Lazada bagi memberikan lebih banyak pilihan pada harga yang menarik kepada para pembeli. Seksyen baharu termasuklah Barangan Digital yang merangkumi e-baucar Lazada, Kad hadiah Petronas dan pakej pelancongan, Kedai Rasmi dengan lebih 1,000 jenama seperti Estee Lauder, Clarks, Senheng dan L’Oréal, dan akhir sekali Koleksi Taobao yang termasuk produk dan barangan istimewa daripada Penjual Taobao China yang teratas.

Selain itu, para pembeli juga boleh menikmati jualan kilat jenama yang menarik, barangan pada harga serendah RM1 manakala jenama seperti Nivea, Durex, Maybelline, Mattel dan Laneige pula menyediakan “Kotak Misteri” kepada para pelanggan Lazada untuk potongan harga yang lebih rendah lagi.

Online Revolution akan disertai oleh pelbagai rakan pemasaran termasuk Digi dan CIMB, dan menyediakan hadiah-hadiah bernilai lebih RM 60 juta, termasuk pakej percutian Club Med, Go Pro, iPhone X, Perodua Bezza, peluang untuk merasai Zero-G dan banyak lagi.

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter