Kendall Jenner Ambil Takhta Gisele Bündchen Sebagai Model Dengan Bayaran Tertinggi Di Dunia

Selama hampir 15 tahun berturut-turut, model veteran, Gisele Bündchen telah mengambil tempat pertama sebagai model dengan bayaran tertinggi di dunia. Kini, selepas 15 tahun, takhtanya itu telah dirampas oleh model generasi baru dan juga peneraju media sosial, Kendall Jenner.

Menurut senarai tahunan yang dikeluarkan Forbes, Jenner adalah model dengan bayaran tertinggi di dunia tahun ini dengan jumlah pendapatan sebanyak $22 juta sekaligus mengalahkan Gisele Bündchen .

Kendall berjaya meraih takhta dengan kontrak bersama beberapa jenama besar seperti La Perla, Adidas Originals dan Estée Lauder dan dia juga pernah melibatkan diri dengan kempen dari jenama besar seperti Fendi dan Alexander Wang. Selain daripada itu, Kendall juga turut menubuhkan jenama Kendall + Kylie yang dibina bersama adiknya. Selain itu, Kendall turut menerima pendapatan daripada rancangan realiti bersama keluarganya, Keeping Up With The Kardashians.

Selain daripada Kendall, Gigi dan Bella Hadid juga berjaya memasuki senarai tersebut dan buat pertama kalinya model berbadan besar, Ashley Graham turut tersenarai dalam senarai tersebut. Jelita senaraikan 10 model dengan bayaran tertinggi di dunia.

1 of 10

10. Ashley Graham ($5.5 juta)

Ashley Graham adalah model besaiz besar pertama yang turut tersenarai dalam senarai model dengan bayaran tertinggi. Graham memulakan kerjayanya sebagai model sejak 10 tahun lalu namun namanya mula dikenali ramai pada tahun 2016 sebagai model bersaiz 14 pertama yang menghiasi muka depan majalah Sports Illustrated. Selain itu, dia juga mempunyai rangkaian pakaiannya sendiri iaitu Addition Elle dan Swimsuit For All yang turut menyumbang kepada pendapatannya sepanjang tahun ini.

1 of 10

10. Ashley Graham ($5.5 juta)

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter