Destinasi Percutian Paling Menarik Tahun 2017

Esok adalah hari yang paling ditunggu oleh semua pasangan yang sedang hangat bercinta tidak kira yang sudah berkahwin mahupun yang belum berkahwin. Hari kekasih adalah hari yang meraikan pasangan kekasih seluruh dunia. Bagi anda yang sudah mendirikan rumah tangga, inilah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama dengan pasangan anda. Bawa pasangan anda pergi bercuti ke tempat-tempat yang romantis sempena hari kekasih ini.

Jelita senaraikan 10 lokasi percutian yang terbaik pilihan Trivago sempena hari kekasih ini.

1 of 10

The Place Luxury Boutique Villas, Koh Tao, Thailand

Hotel ini menjadi pilihan utama di kalangan pasangan yang ingin pergi bulan madu. The Place mempunyai sembilan vila butik, setiap satunya dilengkapi dnegan bilik persalinan en-suite, bilik mandi yang berbumbungkan kaca, dapur kecil, sistem hiburan dan kolam infiniti peribadi. Setiap kali anda membuka tingkap, mata anda akan dihadiahkan dengan permandangan Teluk Thailand. Para tetamu menyukai hotel ini kerana ia menawarkan servis yang tepat dan privasi kepada pasangan disamping memenuhi segala keinginan anda. Harga untuk percutian tiga hari dua malam untuk dua orang adalah pada RM 827.

Tiga tarikan utama:Hotel ini mengutamakan privasi pasangan yang datang bulan madu ataupun bercuti di situ. Hotel ini turut menyediakan chef peribadi, balkoni yang dihiasi dengan bean bags dan hotel ini turut menyediakan sun beds di tepi kolam renang peribadi untuk anda dan pasangan anda berjemur di bawah sinaran matahari tanpa sebarang gangguan. Selain itu, hotel ini turut menyediakan open-air shower agar anda dapat merasakan pengalaman mandi di bawah langit yang cerah.

Lokasi: Sekiranya anda dan pasangan anda sukakan aktiviti air, hotel ini terletak berdekatan dengan Pantai Sairee di mana anda dan pasangan anda boleh mencuba aktiviti scuba dan snorkeling dan aktiviti sukan lain di Big Blue Diving. Jika anda dan pasangan anda meminati sukan muay thai, anda juga boleh berkunjung ke Pulau Muay Thai di mana anda boleh mempelajari sukan muay thai yang terkenal.

1 of 10

The Place Luxury Boutique Villas, Koh Tao, Thailand

, , , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter