Hadiah Hari Guru Bernilai 70 Sen

Seorang guru telah menerima hadiah istimewa dari pelajarnya ketika sambutan Hari Guru pada Selasa lalu.
 

 
Jamaliah Amirul telah menerima sekeping kertas yang dilipat dengan wang syiling bernilai 70 sen di dalamnya. Di dalam kertas tersebut terdapat sebuah mesej yang ditulis: “Untuk Ustazah Jamaliah, Sedap Nama.”
 
Pada mulanya, dia tidak tahu siapa yang telah memberikan hadiah itu kepadanya, tetapi kemudian selepas kelas, dia telah mengenal pasti salah seorang pelajarnya, Huda, seorang pelajar yang baik hati telah memberikan syiling kepadanya.
 
Hairan dengan hadiah itu, Jamaliah telah bertanya kepada Huda, tujuan dia memberikan hadiah itu.

“Itulah satu-satunya wang yang saya ada dalam simpanan saya. Saya simpan duit itu sebagai hadiah untuk cikgu,” Huda.

Terharu dengan kemurahan hati Huda, Jamaliah telah memeluknya dan hatinya mula sebak.
 
Apabila ditanya mengapa dia memberikan wang simpanannya sebagai hadiah, Huda menjawab: “Saya tidak mempunyai wang yang banyak. Saya tidak tahu apa yang perlu saya beli sebagai hadiah untuk cikgu.”
 
Selepas sepuluh tahun Jamaliah mengajar, ini adalah pertama kali dia berasa tersentuh pada sambutan Hari Guru.
 
Kisah Jamaliah ini telah dikongsi di laman sosial media Facebook dan setakat ini ia telah dikongsi lebih dari 5,000 kali dan disukai lebih daripada 19,000 pengguna Facebook.
 
Walapun dia menghargai hadiah lain yang diterimanya, bagi Jamaliah, hadiah paling bermakna buatnya sempena sambutan Hari Guru ini adalah hadiah yang diterimanya dari Huda.

, , , , ,

Type keyword(s) and press Enter