Gedung Keperluan Rumah Terbesar di Asia Tenggara

IKEA Malaysia baru-baru ini mengalu-alukan kedatangan pelanggan ke IKEA Tebrau, gedung pertama IKEA di selatan tanah air dan juga yang terbesar di Asia Tenggara!

Dengan keluasan 502,815 kaki persegi (46,713 meter persegi) serta 54 buah bilik pameran berinspirasikan ala Sweden, gedung yang pembukaannya dinanti-nantikan ini telah memulakan operasi tepat jam 10 pagi.

IKEA Tebrau yang terletak berhampiran outlet terkemuka lain kini menjadi sebahagian daripada destinasi peruncitan yang rancak, sekali gus berupaya meningkatkan lagi imej Tebrau sebagai lokasi hebat untuk menjamu selera, membeli-belah dan bersantai. Selain daripada penyelesaian kemasan, IKEA Tebrau juga menyediakan perkhidmatan dan tawaran tambahan bagi kemudahan pelanggan. Ini termasuklah pengambilan dan penghantaran ke rumah, pemasangan perabot, IKEA Gift Card, pelan pembayaran ansuran kosong peratus, syarat pemulangan dalam masa 100 hari, WiFi percuma dan kemudahan Aplikasi IKEA Store App serta banyak lagi.

Selain itu, IKEA Tebrau turut dilengkapi dengan tempat letak kereta di dalam dan di luar bangunan yang berjumlah 1,771 petak. Bagi memudahkan pula perjalanan pergi balik ke gedung, pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan percuma dari Larkin Sentral (di hadapan Selera Johor) dan Muzium Kereta Api Tanah Melayu Berhad (di sebelah Johor Bahru Sentral). Sempena dengan pembukaan gedung, IKEA turut mengadakan kerjasama dengan Grab. Pelanggan boleh menggunakan kod promosi ‘IKEATEBRAU17’ untuk menikmati diskaun RM8 bagi dua perjalanan menaiki Grab bermula 16 November – 31 Disember 2017. Kod promosi ini sah untuk semua perkhidmatan Grab di Johor Bahru.

“Setelah persediaan yang dilakukan selama berbulan-bulan, kami teruja untuk membuka pintu kami dan memberikan pengalaman membeli-belah IKEA yang unik kepada warga Malaysia. Dengan pembukaan gedung baru ini, kami akan berusaha mencapai visi kami untuk menjadikan kehidupan harian yang lebih baik bagi lebih ramai orang di Johor dan juga seluruh kawasan selatan Malaysia. Dengan lebih 8,000 kemasan kediaman rekaan Sweden yang bermutu dan mampu dimiliki; pilihan makanan yang enak di Restoran, Bistro dan Kedai Khas Makanan Sweden IKEA; serta Smaland, kawasan permainan kanak-kanak yang diawasi, kami yakin IKEA Tebrau akan menjadi pilihan seisi keluarga untuk dikunjungi,” kata Mike King, Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara.

“Sebelum pembinaan gedung ini, banyak kediaman telah dikunjungi. Gambaran yang diperoleh daripada kunjungan ini telah membawa kepada pemahaman yang lebih terperinci tentang kehidupan warga Johor di rumah mereka. Kami melakukan penyelidikan bagi memastikan yang gedung, produk dan inspirasi kemasan kediaman kami menarik minat masyarakat setempat. Kemasan kediaman yang dipamerkan adalah sesuai untuk pasaran tempatan serta gaya hidup mereka yang semakin bercirikan bandar. Dengan pasukan pekerja seramai lebih 300 orang, kami bersedia menerima kunjungan lebih 1.8 juta orang pelanggan yang tinggal dalam jarak sejauh 60 minit dari gedung kami dan berjuta orang lagi dari kawasan yang lebih jauh,” kata Annie Chandler, Pengurus Gedung IKEA Tebrau.

Sepanjang hari pembukaan dan pada hujung minggu, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran terhad dan aktiviti di gedung ini untuk seisi keluarga seperti cat muka, badut pembuat belon dan pemberian belon percuma serta penampilan maskot.

IKEA Tebrau dibuka 10 pagi – 10 malam pada hari Ahad – Khamis, dan 10 pagi – 11 malam pada hari Jumaat – Sabtu, cuti umum (termasuk malam sebelum) dan hari cuti ganti yang jatuh pada hari Isnin. Untuk maklumat lanjut, layari IKEA.my/gedungtebrau.

, ,

Type keyword(s) and press Enter