Festival Cooler Lumpur Bertemakan “Notes from The Future”

Festival Cooler Lumpur kembali dengan edisi kelima mereka dengan mengangkat tema “Notes from The Future” bulan ini. Tema tahun ini akan melihat kepada sosial, politik, teknologi dan idea kebudayaan.

Festival Cooler Lumpur adalah pesta multidisiplin yang dikendalikan oleh PopDigital dengan kerjasama British Council Malaysia, Goethe-Institut dan Kedutaan Amerika Syarikat. Festival Kuala Lumpur-centric ini menggunakan tema tertentu setiap tahun dengan tujuan memperluaskan lingkungan budaya, membina komuniti yang lebih kukuh dan memupuk kreativiti dan imaginasi ramai. Pesta idea tahunan ini membawakan penulis, seniman, pemikir dan inovator global untuk berkongsi idea dan pemikiran kritis.

Anda semua dijemput hadir untuk mengetahui dengan lebih lanjut dalam siri perbualan dan aktiviti di festival menarik ini, termasuk:

The White Mask, Visual Art Exhibition curated by Sharmin Parameswaran, Interpr8 Art Space

Berdasarkan kisah pendek “The White Mask” yang ditulis oleh Zedeck Siew dalam sebuah antologi berjudul CYBERPUNK: MALAYSIA, pameran seni inovatif ini akan mempamerkan pandangan dunia yang diambil alih oleh teknologi tercanggih. Pameran ini akan dikendalikan oleh ahli seni tempatan, Sharmin bermula 14 Ogos ini sehingga 22 Ogos.

The Food Fringe Festival

Jamu mata dan selera anda di festival ini dengan hidangan istimewa yang disediakan oleh komuniti pendatang di Malaysia. Ia juga mengangkat persoalan “adakah budaya makan kita selama ini dapat menyatukan kita atau sebaliknya?”

Cooler Lumpur Junior

Dikendalikan oleh Makchic, ia melibatkan sesi khusus untuk si kecil, di mana akan adanya sesi bercerita, bengkel melukis komik, kawasan bermain dan banyak lagi.

Journalism Campus

Ikuti satu siri perbualan mengenai situasi kewartawanan semasa. Membawakan wartawan Malaysia dan antarabangsa, kampus ini akan meneroka isu dan topik seperti berita palsu, peranan media sosial serta masa depan bidang ini dalam landskap digital.

Info mengenai festival ini adalah seperti berikut:

Tarikh: Khamis, 17 Ogos – Ahad, 20 Ogos 2017
Masa: 10 pagi ke atas
Lokasi: Publika, Solaris Dutamas
Info lanjut: Instagram (@CoolerLumpur), Facebook (www.facebook.com/CoolerLumpur/) dan www.coolerlumpur.com

, ,

Type keyword(s) and press Enter