Dolly Dim Sum Kini Di Sunway Putra Mall

Bagi penggemar dim sum dan makanan oriental, Dolly Dim Sum kini telah membuka cawangan keempat mereka di Sunway Putra Mall. Seperti cawangan lain, ia juga mempunyai kelainan dan tema yang dipilih kali ini ialah bertemakan ‘dalam taman’. Suasana hijau menghiasi dinding outlet di Sunway Putra ini.

Seperti yang diketahui, outlet Dolly Dim Sum yang lain juga mempunyai tema yang berlainan. Avenue K mempamerkan konsep kontemporari rumah kaca yang lebih moden manakala di Pavilion menggunakan konsep dalam dapur dolly. Bukan itu sahaja, outlet di NU Sentral pula mengetengahkan konsep dalam rumah Dolly.

 
Antara menu popular di sini ialah har gao” dumplings, roasted BBQ buns, baked egg tarts, panfried radish cakes, egg custard buns and steamed rice rolls. Selain itu, ia juga mempunyai seleksi pilihan nasi goreng dan mee seperti Royal Golden Fried Rice, Crispy Egg Noodles dan juga Wok-fried Beef Kway Teoh.
Dolly adalah watak utama Dolly Dim Sum. Dia boleh ditemui di dinding mural yang dilukis dengan tangan, memegang pelbagai jenis dim sum siap untuk di makan. Dolly melambangkan gaya moden oriental dan turut mempercayai bahawa dim sum juga adalah seni halus dan indah seperti porselin “Dolly”. Outlet terbaru ini boleh dikunjungi di aras G Lot G-7, Sunway Putra.

 

, , , , , , , ,

Type keyword(s) and press Enter